Wednesday, April 28, 2010

Easter Break @ April 1431H

Catatan ini ditujukan khas buat keluarga tercinta di Paka , Terengganu

Bulan 4 bermulanya cuti penggal kedua selama 3 minggu . Ia dinamakan cuti easter , bersempena dengan salah satu perayaan orang kristian . Sejarah nama Easter itu diambil dari perayaan German purba yang kemudiannya dikristiankan menjadi membentuk nama Easter .

Bagaimanapun manfaat yang boleh diambil dari along disini ialah ruang cuti yang diperuntukkan membolehkan along berehat setelah 2 bulan memulakan sesi pembelajaran penggal kedua . Ketika orang lain sibuk merancang cuti ke destinasi masing-masing , Along hanya cuba nak mengisi ruang cuti dengan mengulangkaji pelajaran dan mencari kerja sambilan . Bajet tak cukup nak gi jalan , baik duk di Liverpool je lah .

Pun begitu setelah berlaku dua-tiga keadaan along masih juga menggunakan peluang cuti ini untuk berjalan keluar . Tak banyak yang akan dihuraikan mengenai kisah perjalanan , cuma hanya gambar dan catatan ringkas mengenai nama tempat dan sebab terkenal sesebuah tempat tersebut .

Full Honour Cleaner

Abang sudah botak

Setelah waktu kian menghampiri bulan 4 rezeki kerja sambilan muncul . Alhamdulilah dapat lah kerja sebagai 'cleaner' di bandar . Tak lama pun masa yang kena diperuntukkan , cuma 2.5 jam bermula jam 4.30ptg hingga jam 7.00ptg . Gambar diatas ialah pintu masuk utama bangunan tempat kerja .

Kalau di Malaysia , rakyat yang tidak mempunyai kelulusan tinggi tidak ramai mahu menjadi pencuci . Bukan malas alasannya tetapi lebih kepada gaji yang tidak seberapa dengan kos perbelanjaan . Jadi warganegara Bangladesh yang banyak memonopoli kerja -kerja mencuci . Kalau disini , lain pula jadinya rakyat Malaysia yang datang menuntut ilmu atau yang menemani pasangan mereka mengambil peluang untuk mencari duit lebih . Selain daripada masa minima yang diperuntukkan untuk kerja , faktor kerja yang ringan dan senang menyebabkan mereka terdorong untuk bekerja . Tidak selama 8 jam lamanya di Malaysia , kerja yang agak berat malahan bayaran disini cukup lumayan .

Adat manusia kalau dah senang buat apa nak susah . Walaupun sedemikian faktor yang mendorong untuk kami bekerja tetapi rakyat Britain masih lagi malas untuk buat kerja tersebut , rezeki kami lah tu . Yang kelakarnya ialah gelaran 'tukang sapu profesional' diberi kepada kami semua disini sebab masing-masing mempunyai ijazah dan PhD dalam bidang kejuruteraan , ekonomi , aeronautik dan sebagainya ...:)

Walau apa pun pengajaran yang penting jangan sesekali memandang rendah kepada mana-mana tukang sapu . Sebab kerja mereka sangatlah mulia , membersihkan persekitaran dari kotoran dan sampah . Bila dah dapat peluang buat kerja begini , barulah dapat rasa penat tak sebenarnya kerja menyapu dan sakit hati tak kalau orang buat kotor . Semoga pengalaman ini bermakna untuk mengingatkan along kepada makcik -makcik penyapu masa Sekolah Menengah dulu . Waktu tu along dan kawan-kawan berpakat menolong membantu pendapatan makcik penyapu dengan membeli makanan waktu rehat dari mereka , bukan dari kantin . Tapi orang putih sini lagi advance , hari-hari mereka buang benda yang masih berharga seperti paper shreader , printer , telefon . Jadi milik kami lah semua alat tu akhirnya .

York-Newcastle-Edinburgh

Setelah seminggu kerja di bulan April , hati ini terdetik juga akhirnya untuk keluar melancong kerana akan ada 'Bank Holiday' pada penghujung minggu tersebut . Jadi berpakat lah along dan 2 rakan lagi ke utara menuju ke Negeri York,Newcastle dan Negara Scotland . Okay lah tu , kira keluar melancong ke negara lain jugak tapi dalam kepulauan yang sama .



Matangin bandar York

York , England
Dikenali dengan 'Bandar Itik' , setelah keluar dari stesen keretapi nya tiada seekor pun itik yang dijumpa . Mananya yang dikatakan bandar penuh dengan itik ?



Tanpa melengahkan masa , along pun cepat-cepat mengelilingi Bandar York dengan melalui tembok yang mengeliling bandarnya . Sejarah bandar ini ia pernah ditakluk oleh kerajaan Rom dan mereka membina tembok pada masa itu melindungi kawasan kerajaan . Binaan dari batu bersegi empat itu kekal hingga sekarang .


Peta Tembok menutupi bandar utama York


Spring Summer ?

Penjual Ais Krim berbasikal
Menara Utama kubu York


Pesaing penjual aiskrim berbasikal tadi

Rumah Tradisional 1
Rumah Tradisional 2
Rumah Tradisional 3

Rumah Tradisional 4


Grays Court Tea Garden , York City


Khabarnya setelah musim bunga sepenuhnya ketika awal Mei , kawasan ni akan jadi Taman yang sangat cantik . Imagine ?


Gaya santai Pondok Teh

University of York
Penantian kepada 'Bandar Itik' akhirnya terjawab setelah memasuki University of York . Disini pengunjung boleh melihat betapa banyaknya itik dari pelbagai jenis yang berbeza . Dari peringkat sarangnya , anak itik dan juga pasangan itik , semua ada dalam Universiti ini . Menjadi keunikan Universiti disini kerana itik-itik dibiar bebas jinak bersarang dalam kawasan Universiti seolah-olah macam habitat mereka .

Walaupun begitu rupa keunikan , ia juga mengundang masalah iaitu banyak najis-najis itik boleh dijumpai dimerata-rata tempat dalam kawasan universiti . Baik asrama , kampus , kawasan fakulti mahupun ruang pejalan kaki .


In Front of Student Union

Duck in University


"Terfikir along nge sain , kalu malas-malas gi pasar , pakai semelih itik ni jadi gok "

Tapi setelah diberitahu oleh seorang pelajar disini , jika berlaku sedemikian ia boleh dikesan kerana itik akan hilang setelah kejadian tersebut . Ditanya pernah berlaku ke tidak ? Jawabnya tak ada orang berani buat sampai sekarang sebab tak berbaloi pun nak sembelih , nak proses hingga boleh dimakan . Baik beli pasar .

Normal View in University

Student Hostel
University Lake
University Maze

York Football Stadium

Setelah sehari suntuk di York , along meneruskan perjalanan lewat petang menuju ke Newcastle Upon Tyne . Malam itu cuma tumpang bermalam disana sementara menunggu keretapi seterusnya untuk ke bandar Edinburgh yang terletak nun dinegara Scotland . Kalau nak ambil keretapi terus ke Edinburgh,Scotland dari York boleh tetapi amat penat kerana memakan masa lebih kurang 4 jam . Jadi peluang bermalam di Newcastle adalah yang terbaik selain dapat mengenal Rumah Balai Newcastle milik komuniti Malaysia di Newcastle .

England - Scotland
Merentasi sungai yang memisahkan England dan Scotland , along meneruskan perjalan seawal jam 6.00 pagi menuju ke Scotland . Gambar dibawah merupakan sungai sempadanan tersebut . Canti pemandangannya , insyallah akan bertemu lain kali .
Berwick Upon Tweed

Edinburgh , Scotland
Negeri Edinburgh memang terkenal sebagai sebuah bandar besar Scotland . Ia penuh dengan kawasan bukit tinggi dan istana . Peluang melawat kesini tak disia-siakan apabila mencuba untuk mendaki 2 puncak tertinggi dalam bandar iaitu Arthir Seat dan Calton Hill . Kalau ikut sejarah dahulunya dua puncak ini adalah gunung berapi yang saling bercantum pada dasarnya dan kini ia tidak aktif lagi .

Calton Hill , Edinburgh







Volacano Connection



The Gunner ?

Arthur Seat Peek Hiking , Edinburgh
Before hiking

On the way (dok rok...)
Satisfaction View

St Anthony Chapel
Achievement
Syaiful Sheffield , Along , Syafei Edinburgh , Shaiful Liverpool

Best View

Edinburgh High Street
Ini pula adalah gambar tarikan dalam kawasan bandar Edinburgh .

Scottish Parliament


Batu Ukir

Masjid Edinburgh

Mask?

Misi memasuki bandar bawah tanah

Town under Edinburgh City
Princess Street

Bersama tour guide , Shafei (berkaca mata)

Scotland Souvenir Shop

Edinburgh Castle










Scotland BagPipe Player

Heriot-Watt University Edinburgh
Penat bertandang ke edinburgh tak berbaloi kalau tak singgah ke Universiti Kejuruteraan yang terkenal di Scotland ini . Pada masa yang sama disini lah along bermalam menumpang seorang rakan yang dikenali semasa berjalan-jalan diLondon dulu . Kalau perasan gambar diatas ada along nyatakan tour guide , Shafei .


Universiti dalam kampus ini sangatlah menarik mencerminkan gaya universiti yang berprestij . Dengan warnan bangunanya yang klasik ditambah suasana hutan iklim sejuk , Edinburgh sememangnya sebuah Universiti yang diimpikan oleh kebanyakan rakyat Scotland . Bila sebut Scotland maka tersebutlah kisah cuacanya yang memang tak tahan kalau tak cukup banyak lemak badan . Kalau di Liverpool , musim saljinya tidak lama dan suhu bekunya hanya sekitar -5°C , tapi kalau diScotland musim saljinya tak menentu , kadang-kadang nun di utara sepanjang tahun . Apa yang berlaku di Edinburgh pada musim salji yang lepas takat bekunya boleh mencapai sehingga -15°C , sejuk tu geng . Ketika along bertandang ke sini tempoh hari , salji baru sahaja kering sehari yang lalu , jadi tak lah sejuk sangat waktu tu .





Herriot-Watt University , Edinburgh

Newcastle Upon Tyne
Setelah tamat lawatan ke Edinburgh , perjalanan berpatah balik ke England menuju ke Newcastle . Ini adalah sebahagian rancangan untuk menjadikan Newcastle sebagai destinasi terakhir pelancongan sebelum balik ke tempat belajar masing-masing .


Newcastle United St James Park Stadium




South Shield , Newcastle


Waktu along ke Newcastle , salah seorang dari kami adalah pelajar PhD dibawah Universiti Malaysia Terengganu . Melalui kenalan staff UMT , beliau menghubungi pensyarahnya di Newcastle untuk melengkapkan perjalanan di sini . Jadi tersebut lah kisah En. Mohamad Rosni membawa kami dengan keluarganya berjalan-jalan disini . Paling seronok beliau membawa along dan rakan-rakan menikmati Fish n Chips paling terkenal di SouthShield,Newcastle .



Fish n Chip makan sorang tak habis

Terima Kasih sebab belanja

Tamatlah kisah melancong ke 3 negeri tersebut . Penat bukan main selepas sampai Liverpool , tapi yang penting kenangan dan pengalaman merantau bukan senang nak dicari . Jadi semua itu terubat bila melihat gambar-gambar diatas . Tutup buku melancong , kita buka buka aktiviti komuniti MSC Liverpool pulok .

MSC Picnic Day 2010
Bertempat di Sefton Park ,Liverpool pihak MSC mengajurkan Hari Keluarga komunitinya pada 17 April 2010 ketika cuti easter menghampiri waktu penghujungnya . Nilah barisan komuniti yang hadir , ramai doh tapi bukan semua lagi yang mari .
MSC Community

Acara dimulakan dengan berjamu selera secara potluck yang dibawa oleh setiap ahli yang hadir .

Picnic Day ala Britain

Bowok telur dalam sudu
Barisan peserta gabungan pelajar UG dan PG


Aktiviti bebas anak-anak keluarga PG

Lain la gaya pakaian adik-adik disini


Acara telefon karat yang mencuit hati


Wakil tempat ke-4

Iceland Volcano Ash
Ketika penghujung waktu cuti Easter ni , berlakunya letusan gunung berapi di Iceland . Yang hairannya ialah Iceland ini adalah tanah yang dipenuhi dengan glasier dan ia bukan didalam lingkaran gunung berapi . Banyak spekulasi yang dibuat mengenai kejadian ini , tetapi semua ini adalah malapetaka Allah yang dikurniakan kepada kawasan yang mengalami impak nya .

Kebanyakan penerbangan menuju kekawasan UK dan Ireland dibatalkan kerana faktor keselamatan . Ada sebahagian dari ahli komuniti yang terperangkap dibeberapa buah negara Eropah kerana tidak sempat balik dari melancong . Ketika orang sibuk mencari jalan keluar dari permasalahan , ada beberapa pihak yang cuba mengambil peluang dari kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa yang terkandas ini . Kos sewa hotel , keretapi , bas , makanan tiba-tiba melambung tinggi semata-mata untuk mengaut keuntungan dalam sekelip mata .


Perkhidmatan Bus dari Istanbul ?

Dalam banyak-banyak kejadian , inilah yang paling menakjubkan along . Adanya perkhidmatan Bas dari Istanbul ke United Kingdom . Kalau disukat dalam kilometer ia menghampiri angka 3,000km jauhnya jarak perjalanan . Dan sudah tentu ia mengambil masa lebih dari 2 hari untuk sampai ke London sekurang-kurangnya . Dahsyat betul kemampuan yang dibuat oleh sesiapa yang nak balik juga dalam masa yang sama .

Alhamduliah along bersyukur kehadrat ilahi kerana terselamat dari menjadi sebahagian daripada mangsa terkandas ini . Rakan-rakan yang keluar melancing pun semuanya sempat kembali sebelum dari hari kejadian . Semoga semua yang berlaku ini memberi pengajaran dan peringatan kepada semua umat manusia . Insyallah . Jadi sekian sahaja catatan along untuk bulan April . Insyallah ada masa along tulis untuk bulan 5 ni nanti . Salam kasih dari along yang jauh diperantauan .

Along
Mulberry Court , 04:55 a.m


No comments:

Post a Comment