Thursday, December 31, 2009

Jaulah 26-29 Disember 2009 ,London , UK



Megabus Trip on 8.30 am depart from Liverpool

Salam

Coretan London ini khas ditujukan buat keluarga tercinta di Paka

"By bidding them audieu , we departed from Liverpool to London " travel by MegaBus sharp at 8.30a.m . Who is them ? Mereka itulah orang Liverpool , kerana pada tarikh along gi berjalan ke London ni , waktu cuti krismas . Mungkin anak perantau Liverpool yang balik ke Kampung mereka , jadi sek2 ni je lah yg duk berlegor2 dalam kota Liverpool . Tak banyak kereta 2-3 hari ni , kebanyakan omputih sini habiskan masa bersama keluarga . Sama macam kita menyambut Hari Raya , kita menyambutnya dengan berziarah sanak saudara , cuma 2-3 kerat je yang pelik di Malaysia .Time raya gi tengok 'movie'.Dok pakai gawai langsung budok2 muda zaman leni (yang berkaitan sahaja ) .

Jadi tersebut lah kisah , 'Winter Break' kali ini memilih London sebagai destinasi penjelajahan . Kata orang kalau ke Britain , dok sah gi London . Sementara menanti saat pertama kali menjejakkan kaki di Kota Megah London , terpaksa lah menghabiskan 6 jam perjalanan menaiki Bas dari Liverpool yang jauhnya kira-kira jarak 211 miles ( 337.6 Km )

Letih memang letih , tapi disebabkan ada benda yang lagi 'beh' di hujung destinasi jadi dok la terasa sangat akan perasaan bosan didalam bas .

Perjalanan melalui :

Warington - Stoke - Stafford - Birmingham - Northampton - Luton - London (Victoria Bus Station)

Hanya satu-satunya lebuhraya atau jalan masuk utama ke London ialah M1 ( Motorway 1 ) .


Sini la sokmo , kalau harga minyak naik di UK, pemandu trak atau treler , bas bermogok dengan beratur parkir disepanjang jalan .

Masuk je London , memang haru biru , jalan penuh sesak sebab pada 26 December , iaitu selepas Krismas , diadakan setiap tahun jualan 'Boxing Day' . Jadi amenda or duk panggil boxing day ni , secara am nya ialah , selepas perayaan krismas , barang-barang yang tak terjual ia akan dilelong murah teramat sangat ( sale ) sebelum stok baru tahun seterusnya dimasukkan ke pasaran . Tapi sebab apa dipanggil 'Boxing Day' .


Stambon Org

Setelah merasai sendiri akhirnya baru tahu dengan jelas . Orang berpusu-pusu , berebut-rebut , bergaduh ambil dan pilih pakaian ,atau barangan yang dikehendaki . Barang dalam kedai semua jatuh berterabur atas lantai . Orang beratur 'panjang jengong' . Ingatkan mari ke London hari tu , nak lah beli jeans sehelai dua , siap Epi anak makcik tini tepoh lagi Levis 501 2helai , harga £30.00 je , "Mu gi cari kat jalan Oxford Street " , katanya . Tapi tengok ke keadaan bolok wok gitu gaya rasa malas pun ada . Biar dok membeli belah pun . Bas yang menyusuri Jalan Oxford Street terus menghabiskan saki baki perjalan untuk berhenti di perhentian Victoria . Alhamdulilah sampai jugak akhirnya . Geliat sana sini , cari tempat duduk betul urat sekejap di stesen bas lepas kejang duk lama-lama sangat dalam bas . Jadi tengok kepada jam waktu tu jam 2 ptg dah . Jadi sebelum waktu 4 petang nak kena cari masjid , nak selesaikan waktu Zohor dan Asar dulu .

Kensington / Hyde Park Garden Treasure
"Gi duane kita ni ? Eh , sape planner , guane cite boh " . Semua mati akal bila nak mula cari jalan nak gi cari surau atau masjid . Telefon kepada Abg kepada Affan , dia pun peta lah suruh naik tube (macam train putra KL) dalam London . " Ok , Insyallah nanti jumpa lah " . Bahagian wak sedap hati ada sokmo puok2 ni , biar sesat pun . Jadi along pun try la tepon kawan lama SRP dulu , bila tanya surau paling dekat adalah di MSD ( Malaysia Student Department ) di Queensborough Terrance . " Kamu naik tube Victoria , turn kat Queensway , lepas tu dah dekat lah tu . Kalau tak ambil bas.......Hah? sesat doh puok kita ni kalau bahang Bas . Serupa macam orang kampung ambil Bas KoLumpo lah , naik boleh , dok tahu nak turun dane . Jadi bincang punya bincang , disebabkan ada orang pakai handphone Blackberry dan Iphone , guna lah 'satelite navigator' jalan kaki dari Victoria ke MSD melintasi sebuah taman .

Doh pah dane kite ni

Muka baru sedor sesat dalam taman

" Dalam peta dia tulih setengah jam , sapa ah "...bereh , jom jalan . Maka jalan-jalan si luncai 6 orang , kalu berdasarkan peta 'Google Earth ' macam dekat je , ingatkan dekatlah rupanya Allahuakbar , jauh bejenak . Campur pulok dengan Iphone tunjuk ke selatan , Blackberry tunjuk ke barat . Bila tanya orang tempatan dalam taman , rupa-rupanya kawasan yang dituju adalah ke Utara . Jadi ralat jugak teknologi ni rupanya . Duk main-main newor tempat tule kat sejam , tapi puas hati jugak lah sebab kenal selok-belok jalan dalam Taman . Sementara nak lepas Taman , banyak kali berhenti , sebab nak ambil gambar lah katakan . Kekgi payoh doh nak mari main dalam Taman , jarang orang buat ....('u')

The Serpenrtine Lake

Jadi tersebut lah kisahnya perjalanan petang tu sampai jugok di MSD . Macam duk Malaysia rasa , ramai sangat orang Melayu , Cina dan India ada 2-3 orang . Derah2 tunai solat Zohor , masa tu jugak selesai solat Asar . Maka hilang lah jugak letih akibat sesat dalam London . Sementara tunggu sain-sain sudoh sembahyang , rehat dalam surau MSD tu . Jumpa lah kawan-kawan masa BTN dulu . Ni je lah satu2nya kawan luar negara yang jumpa di Malaysia . Dekpon orang lain mari dengan batch SPM , kita calon diploma maka takdok kenal lah orang hok same blajo dulu . Memang ramai lagi budok same BTN turun ke London , tapi dok dang jumpe perabih . Lepas solat , maka saat dinanti telah tiba ...setelah 4 bulan lama nya dok jupe kepok , dok jupe budu , terung berlada , kari ikan , nasi lemak , roti canai , goreng pisang ...banyak lagi menu masakan Malaysia di Liverpool terutama ikan , jadi kami kedaroh sepuas2nya di restoran MSD ni . Nama menda ah kedai dia , dok ingat pulok nak tgk nama kedai dang tgk ke makanan .


Makan apa dik , ayak dah order belum ?

Bangunan MSD London

Setelah semua siap makan . Maka menyusurilah kami bandar London dengan bagasi sebab planning nak balik ke rumah penginapan pada malam . Letih dok soh beng kire ah , tapi dok merasa mana , sebab jalan makan angin kan .

Imigran sah aaa...bukan PATI

Maka setelah semua puas hati jalan , malam tu pulang ke rumah penginapan iaitu rumah sewa Abg Affan di 74 Lapwoth Court Chichester Road / Queensway . Rumah ni memang selalu menerima tetamu disebabkan kedudukan dia strategik dalam bandar London . Dan 'free' hok tu org nak mari sgt tu . Terima kasih banyak lah ahli kariah rumah ni sebab sudi menumpangkan 6 orang sekawan ni selama 3 malam . Kalu dok , banyak jugok duit nak kena bayar untuk hotel murah2 di London . Hujung-hujung tahun ni , musim krisis sikit , masih2 kering kocek blake doh Jadi kena kawal bajet lah . Malam tu tidur dengan nyenyaknya setelah jauh berjalan.

Esok selepas sarapan Nasi Lemak Malaysia , maka bergerak kami berenam menjelajahi bandar London . Jadi dibawah ni adalah tempat-tempat yang dilawati .

Imperial College London ( ICL )

Antara institusi yang terkenal dan siapa yang dapat masuk sini bukan calang-calang orangnya . Memang cerdik lagi pintar pelajar yang diterima masuk disini .

Royal Albert Hall London


Inilah tempat hok artis-artis sibuk belalok . Haha , tapi lebih kurang gitulah cerita dia . Konsert yang dibuat sini memang hebat2 belaka kot . Tapi konsert je , kalu ceramoh nak gok kite .

Big ben , London
Mercu utama bandar London . Masa gi ni , ada sedikit kerja-kerja membaiki bangunan . Jadi dok jalan masuk pun , cuma tengok dari luar . Orang kata parliament , sejarah orang panggil Big Ben kalau dok silap sebab menara jam besar tu . Sepanjang jalan 'Westminster Bridge' ni lah orang sibuk bergambor untuk dapatkan latar belakang Big Ben ni .

Big Ben

Eye of London
Eye of London
Tower Bridge , London
Jambatan dan jugak menara yang merentangi Sungai Thames . Ini adalah mercu kedua terkenal London . Sungai Thames tu orang kata glamour jugak , tapi along dok rajin dengor pun sebelum ni . Malas baca buku etek , tu dok tahu kaler kot .

Horse Guards

Dok senyum langsung 'jaga' ni

Jaga-jaga , jangan kena tendang dikuda sudah

Sebelum sampai ke Horse Guard ni , lalu sebuah rumah nama dia No.10 Downing Street . Amenda tu ,rupa-rupanya itulah rumah Perdana Menteri Britain . Kata orang memang 'glamour , kalu ikut orang ramai hok mari tu lah , tapi takdok benda pun yang menarik pun selain ia adalah kediaman orang terpenting kerajaan Britain . Barangkali ada orang rasa bangga boleh ambil gambar situ .

Buckingham Palace ( Istana Negara )

National Museum ( Muzium Negara )

Trafalgar Square ( Dataran Merdeka )

Royal Telephone London ( Pondok Telekom )
Possing paling terkenal kalu mari London , ambil gambar dengan pondok telefon . Menape tahu sedap , leni ada 2-3 biji doh dalam Malaysia , pondok meroh ni . Konon2 kalu ada gambar ni , lebih kurang macam duk London doh la .

Arsenal Hard Die Fan
Takdok lah kuat sangat sokong bola orang nih . Cuma ada peluang gi tengok jugok tempat orang berahi gi ni . Memang setakat ni stadium bola sini , lawa2 . Patut lah orang minat nak mari sokong bola , main lawa , stadium lawa , besar .



Lepas habis newor dalam bandar . Maka gi lah selesai urusan solat di MSD dan makan malam disana . Jadi tengok jam awal lagi baru nak masuk jam 8.00 malam . jadi bincang lah nak gi dane pulok .

" Nak gi duane pah ni ? "..tahu ikut ah .
Nak newor dalam bandar , kedai nak katup blake doh , dekat pkul 9 doh ee " .

"Tiket Oyster percuma doh owk....."kataku

...Percuma doh ...!! , banyak doh kita tukor tren tadi

"Doh kita try gi Heatrow ah sekali . Kekgi dok gi doh , sementara tiket percuma ni . Esok lusa balik Malaysia pun , balik kut Manchester , cekat nak mari amik k.terbang sini .
( Bahagian wi cadangan nak suruh orang gi Heathrow )

" Owoh...dakyoh ah Heathrow ,ada menda ? Lapangan terbang dok lawa pung...bangkang seorang kawan

"Ye dok mu , doh terkenal dgn Lapangan Terbang paling sibuk didunia , dok kan dok canggih"..pancingku lagi ..

"Buruk je , macam Lapangan Terbang Subang....kita gi tah ke lain ah...

"Mari ah gi sekali , kekgi dok gi doh denun . Mana tahu jumpa ustazah ke denun ( Jodoh ).

" Molek jugok , masa ni banyak K.Terbang dari Malaysia sampai ....

Hehehe...akhirnya mengena jugok pancing ku . memang budok2 ni duk sibuk nak cari ustazah leni , lepas pada balik program fuiyoo . Barangkali nak start wak kira-kira doh , hok aner se nak wak bini . Malam tu gi lah ke Heathrow , lebih kurang setengah jam perjalanan tren dari London ke Lapangan Terbang tu .

Heathrow Airport , London
Memang betul yang dikata , bukan ada apa pun Heathrow . Dari segi infrastruktur , jauh lebih baik lagi KLIA . Mungkin kecekapan sistem penumpang yang ada ciri tersendiri menyebabkan Heathrow dikenali Lapangan Terbang paling sibuk dan cekap .

Bergambar kenangan

Possing paling menarik malam tu , gambor berahi nopak

Diringkaskan cerita , percutian London memang menyeronokkan . Rasanya itu je topik paling utama bulan ni . Yang lainnya tahun ni salji menjadi di Liverpool . Sebelum ni , 20 tahun Liverpool dok penoh bersalji , penghujung tahun 2009 ni je menjadi . Hehe...rezeki2 , tapi buruknya salji ni , cepat lapar , jalan licin , kaki kebas dan beku .

St Andrew House mates

Pintu masuk utama Asrama Along
Akhir kata , terimalah possing along untuk penghujung tahun 2009 . Gambar ini dirakam berhadapan dengan Gereja Cathedral paling besar di Liverpool . Dekat dengan asrama along , dia ada loceng besar . Setiap pagi ahad mesti bunyi loceng bising bangor dari jam 9 pagi sampai jam 12 tgh .Gambar ni bukan niat nak gi gereja , ambil gambar dengan maskot terbaru Liverpool untuk winter iaitu Penguin . Salah satu tempat dia letak ialah depan gereja ni . Cerita-cerita dan pengalaman diatas tak dapat along nak kupas banyak sebab tak cukup masa bila menulis ni . Ni pun curi masa study sekejap nak tulis ,hilangkan bosan .


Semoga Tahun baru Hijriah membawa juga perubahan kepada setiap anggota ahli keluarga di Lot 8098 , Kampung Bukit Merah seiring dalam tahun masihi 2010 ini . Apa yang terbaik dari tahun lepas , diperbaiki lagi supaya menjadi lebih baik , apa yang tidak tercapai , diusahakan supaya menjadi nyata . Semoga akan ada selalu corak perubahan dalam hidup .

Saidina Ali Karamallah Hu Wajhah pernah berpesan ;

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam , Terpedaya lah orang yang hari ini sama seperti semalam dan Celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam "

Berkata Iman Ghazali rahimallahu taala ;

"Yang paling jauh , bukannya bintang , mentari pun bukan jua rembulan ...
Tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali ,
.....Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan ,
......Semalam yang terluput mengukir sesalan ....,

Yang ada hanya HARI INI dan AKAN DATANG...
gunakanlah HARI INI dengan sebaiknya ,
kerana ESOK belum tentu milik kita ...
sedangkan SEMALAM telah pergi buat selamanya....


Untuk Abah dan Angah , along maaf lambat dan terlupa untuk mengucapkan

'Selamat Ulang Tahun Kelahiran , semoga Abah terus cekal menghadapi hari mendatang dan along doakan beroleh kesihatan yang baik-baik sahaja ' .

Buat Angah , satu keputusan peperiksaan yang memberangsangkan , kekalkan prestasi yang ada , tingkatkan lagi usaha dan disiplin ke arah kejayaan yang lebih baik dan bermakna, Bukan sahaja dalam bidang akademik ,malahan juga agama selaku aspek terpenting dalam jiwa seorang Khalifah Allah . Insyallah along doakan Angah akan berjaya lagi nanti .

Buat ahli keluarga lain , teruskan dengan komitmen masing-masing ,

Alang dengan usaha untuk kecemerlangan SPM , Acik dengan teknikal dalam bidang kimpalan yang diceburi , Adik dengan usaha mencari Ilmu agama dan duniawi selagi menuntut dibangku SRIDB dan

Ateh selaku calon junior tunggal yang bakal mencatat sejarah menempuh pepriksaan dalam 2 tahun mendatang UPSR . Kurangkan aktiviti menonoton televisyen , melainkan ia membawa kepada peningkatan kemahiran Bahasa Inggeris , prestasi yang cemerlang selama ini telah hilang dek kerana kelalaian hiburan duniawi . Insyallah lakukan perubahan demi untuk kepentingan pendidikan dan Ilmu , bila ianya seiring Insyallah segala perkara yang dibuat secara langsung menghiburkan diri .

Semoga doa2 along ini , diringi oleh doa daripada ibunda tercinta Ummi , yang tak pernah lekang berusaha untuk yang terbaik demi anak-anaknya . Semoga peringatan ini , subur dalam pemikiran adik-beradik untuk terus menabur bakti dalam keluarga , agama dan kampung halaman . Insyallah . Sekian sahaja catatan dari kasih Along yang jauh diperantauan .

Along
Mulberry Court, Liverpool



Thursday, November 19, 2009

Bertatih , berjalan dan berlari mengatur langkah....

Salam

Catatan ini khas untuk keluarga tercinta di Paka.

Pertamanya , maaf kerana setelah 3 bulan lamanya dok tulis blog ni . Banyak benda sangat nak cerita tapi dok dang ke masa . Angah ada kabo aboh 'check' sokmo kat tmpat kije , tapi takdok benda hok baru . Nak kata sibuk sangat dok lah terlalu , tapi dok teringat sokmo nak tulis , bila ingat ada sokmo kije nak kena buat . Jika dulu along tunjuk doh asrama along , kali ni along cerita sket pasal universiti . Jarak antara asrama Mulberry dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal hanya 5 minit berjalan . Memang paling dekat dan strategik untuk pelajar baru . Bangunan fakulti kejuruteraan adalah gabungan bangunan lama dan baru . Dahulunya ia dikenali sebagai Victoria Museum , kalau lihat dari segi corak dan bentuk memang klasik . Sekarang bangunan lama masih lagi ada sebagai pandangan luar dan dicantum dengan bangunan baru didalamnya . Bawah ni boleh tengok bangunan fakulti , bangunan baru mengeluarkan warna yang berturutan dan kalau perasan ada menara jam dibelakang itu ialah bangunan lama .

Bangunan asal dan disambung

Walaupun leni ia dikenali Bangunan Fakulti ' University of Liverpool ' , identiti Muzium Victoria masih lagi dikekalkan , dengan adanya 'mini museum' , dihujung bangunan . Tapi muzium ni lepas 2 bulan belajar sini baru perasan kedudukan dia , tu pun sebab ada iklan kerja kosong 'pembancuh kopi' cafe didalamnya . Jalan depan fakulti ini dipanggil 'Brownlow Hill' . Betul-betul bersetentangan dengan bangunan ni ada kedai runcit , kedai kopi , kedai pizza , kedai lesen memandu . Jadi kebanyakan masa kalau dok pergi ke bandar singgah kedai depan fakulti ni je beli roti untuk alas perut .

Ronda-ronda Liverpool

Albert Dock

Kata orang 'Luas perjalanan , kaya pengalaman ' ...eh ke salah peribahasa ni . Rasanya sesuai brgkali untuk orang yang berjalan-jalan dalam kawasan yang sama je . Kalau peribahasa 'Jauh perjalanan , luas pengalaman ' untuk pergi merantau dari satu kawasan ke satu kawasan jauh kot . Kalu setakat dalam Liverpool je , lebih banyak kita 'round2' lebih banyak kita tahu apa yang ada . Gane-gane pun nak kabo alang-alang duk tempat orang ni , ada masa buleh jalan , molek gi jalan . Baru dapat tambah pengetahuan , dapat rasa nikmat merantau dan sebagainya . Tapi kalau nak berjalan di Liverpool kena mikir 2-3 kali jugok , sebab sini dah la sejuk , angin pulak kuat . Ooo..dok kena cara lapar sokmo sebab kena tiup diangin . Masa sebelum mari hari tu ingat jaket hok bawak dari rumah tahan sejuk doh sini , rupanya dok , terpaksa along cari se lagi , buleh tahan doh harga dia dok mahal mana dalam RM150 je . Biasanya kalau nak jalan-jalan jauh , lama-lama pakai hok ni la . Tebal sket , kalau gi jalan dekat2 je pakai hok nipis2 sket .

Bangunan Pentadbiran Kerajaan

Liverpool takdok lah banyak tempat menarik macam negeri sebelah,Manchester tapi sesuai untuk belajar . Ada kemudahan yang tak kurang cukupnya dan tempat membeli belah tak menarik sangat , Kalau di Manchester banyak sangat tempat membeli belah , dan murah-murah pulak tu . Universiti di Liverpool pun agak dekat dengan bandar memudahkan pelajar mendapatkan barang yang dikehendaki dengan senang . Kalau mari Liverpool , selalu orang akan bawak melawat pelabuhan 'Albert Dock' , Muzium Negeri , L1 Bandar Liverpool , Museum 'The Beatle ' , Bangunan kerajaan sekitar bandar dan paling penting Stadium Anfield Liverpool . Kalau bosan hujung-hujung minggu sokmo gi nengung kat Albert Dock , walaupun sejuk kurang-kurang hilang tekanan sikit jalan-jalan , tengok sungai , tengok bandar .

Design 3 , Project - Shallow Water Rescue Craft
Semester pertama tahun ni ada 8 subjek yang diambil . 7 subjek masuk 'final exam' dan satu subjek takdok ujian akhir hanya kertas kije je iaitu subjek 'Design 3' . Ia adalah matapelajaran untuk melatih pelajar membentuk sesuatu benda baru melalui software ProEngineering . Kalau kat Malaysia budak kejuruteraan Uniten dengan UTP je yang guna software ni . Kalau tak silap la , kebanyakan kursus kejuruteraan universiti di Malaysia guna program AutoCad atau Software lain tapi bukan ProE . Yang pasti ia bertujuan untuk lukis sebarang bentuk mekanikal , elektrikal atau civil samaada lukisan 2D, 3D atau animasi . Jadi subjek ni suruh budok2 Mekanikal reka 'Bot penyelamat ' yang boleh gi kat air toho ametoh lagi dalam . Lepas bahagi-bahagi kumpulan inilah ENGG05 group ada 7 orang semua termasuk hok tukang ambik gambar bawah ni sorang pastu dok mari sorang lagi .


Lu Yan ( China) , James (UK) , Fakhrul ( MALAYSIA ) , Mr William , Philps (UK) , Anwar ( Bangladesh)
Not in foto : Sarah ( UK) , Evan ( India )

Ni gambar ambil masa gi melawat salah satu agensi penyelamat tempatan di UK , hanya 20 minit naik tren dari Liverpool . Memang pakcik dalam gambar ni wi penerangan bersungguh-sungguh sebab dia tahu ni budak universiti yang buat kajian . Memang semangat dan sungguh-sungguh pokcik ni duk terang dan jawab soalan . Tapi yang penting dalam siapakan tugas 'coursework' subjek ni , bukan setakat bincang tentang aspek teknikal dan kejuruteraan sains tetapi buleh wak aktiviti jalan-jalan melawat .

RNLI Hovercraft

Bawah ni adalah bot penyelamat agensi 'Lifeboats' ni . Kawasan bangsal ni dekat dengan pantai dan ia boleh menerima tugasan pada bila-bila masa sahaja 24j/7h . Menurut pokcik ni lagi , kos 'hovercraft' ni mencecah £150,ooo.oo ( RM900,000.00) . Dan yang paling terkejut ia bukan mari dari kerajaan tapi orang kaya UK yang prihatin dengan masalah kampung dia , dia dah kaya dengan merantau lalu dia laburkan duit itu untuk bagi orang kampung satu penyelesaian . Ini lah sepatutnya berlaku yang miskin bukan hanya ditolong dengan diberi duit bantuan , malah satu peluang dan galakkan ilmu untuk berjaya , lebih-lebih lagi orang yang dah berjaya dalam ilmu , memanfaat ilmu yang ada untuk kesenangan bersama . Baru lah teringan sedikit masalah yang ada . Teorinya kerajaan amanah dengan pembentukan generasi ilmuan bukan akademik semata-mata malah agama turut menjadi aspek utama , generasi berilmu yang bangun bersama didikan ilmu ugama sudah pasti memiliki jati dan luhur yang kaya dengan sifat 'mahmudah' , dan bagi golongan yang kurang pencapaian dalam ilmu ilmu agama dapat bimbing mereka kearah jalan yang betul dalam meniti hidup . Seterusnya orang - orang cendekiawan dalam lapangan masing-masing pasti akan terus berbudi dengan rela hati mereka untuk membantu yang dibawah dan orang yang dibawah akan terus menyemai sifat tolong-menolong yang ada pada kekuatan mereka untuk membangunkan generasi mereka dan juga pendidik dan penabur bakti ini . Barulah selesai segala masalah dalaman negara , kata kunci terpenting adalah agama . Jika hilangnya agama dalam diri seseorang pemimpin , pendidik , orang kaya , orang miskin , maka pencapaian yang dianggap berjaya tidak kekal lama . Saje-saje mikir pasal politik negara , kalau dok mikir sape lagi nok mikir .

Firdaus Restaurant
Kalau pergi kesesuatu tempat mestilah dalam banyak-banyak kedai makan , ada restoran paling terkenal , yang paling murah dan bagi along kedai hok berbaloi skali bukan sahaja murah tapi makanan yang dihidang jauh lebih dari harga yang dibayar . Restoran yang diberi nama Firdaus ni duduk sebelah jalan London Street dekat dengan stesen keretapi Liverpool Limestreet . It is Iranian restaurant and its can be declared as most satisfied retaurant because when totally starving , you only need to spent for £5.50 ( RM33) to get one set as picture below . Set nasi ayam , kambing , daging + 2 sup + Salad + Roti + Sup istimewa kedai & Tap Water = Free of charge . Hehehe

Selalu juga ke Kedai ni hujung-hujung minggu , bila rasa nak makan set hidangan sini lah paling puas hati . Kuantiti memang berbaloi tetapi kualiti tak lah sesedap , patut la dengan harga dia yang agak murah . Kalau tempat lain dengan harga yang sama baru boleh dapat 5 ketul ayam atau burger atau sandwich sebagai menu utama + kentang goreng dan air tin gas .

Nottingham Malaysian Game
Bertempat di 'University of Nottingham' . Sukan tahunan untuk pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom diadakan di Nottingham . Along ambil peluang ni nak gi kenal-kenal kawasan Nottingham selain dapat berjalan-jalan menghabiskan masa hujung minggu . Asalnya rancang nak main 'volleyball' tapi format sukan pulok nak kena campur dengan perempuan . Cancel terus lah niat , gi derat semata-mata . Bila sampai denun ramai sangat rupanya orang Malaysia di UK , tu baru pelajar-pelajar hok mari , kalu campur hok dok mari , hok kije sini memang bederu derang lah . Sehari duk denun ni kawan-kawan lama hok jumpa kursus BTN dulu . Lain-lain semua budak lepasan SPM yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran di Kolej Persediaan .


Dari kiri : Shaiful ( Sheffield) , Fakhrul ( Liverpool), Wan ( Coventry), Saiful (Liverpool) , Arif ( Loughborough )

Ni lah barisan 5 sekawan yang menjadi saksi cerita bertajuk menteri pandai buat kelakor . Rasanya cerita dah ke ummi . Ingat gambar ni dalam perancangan kalau ada salam perantauan nak wak masuk hok ni lah . Hehehe

Philharmonic Undergraduate Dinner 9 Zulhijjah 1430
Menjelang Hari Raya Aidiladha yang lepas , kalau pagi raya memang dok dang nak hadir ke mana-mana jamuan doh sebab ada kuliah . Jadi kawan-kawan sepakat untuk wak jamuan sket malam sebelum raya . Wak kecil-kecilan je sebab bajet hujung-hujung tahun ni sikit doh dalam kocek . Bila makan ramai-ramai baru berkat , rasa kenyang walaupun sikit je , itu hikmahnya .

Ayam Panggang bujang

Nasi goreng perantau

Air botol je , nak bancuh takdok bekas besor

Ni tuan tempat jamuan Philharmonic Court
Undergraduate yang hadir + jurugambar

Majlis Aidiladha 12 Zulhijjah 1430


Selang 2-3 hari kemudian , jamuan besar-besaran dibuat oleh Komuniti Malaysia di Liverpool . Kalau dulu ada jugak hadir gotong royong untuk buat makanan , tapi kali ni dok gi . Hanya beri duit je untuk beli bahan-bahan . Kawasan along kena tugas wak kuah kacang untuk makan dengan ketupat nasi . Jadi nak gi gotong royong ramai-ramai dok jadi jugok , sebab kuoh kacang senang je masak .

Tapi agak meriah jugak la , sebab anak-anak postgraduate semua hadir dan nakal-nakal . Suasana riuh rendah tu masih ada walaupun menganggu majlis dalam dewan

Dalam majlis yang sama , diadakan Slot pengisian Perbankan Islam Llyods TSB . Inilah pengasasnya , Fawwaz anak Dr. Lo' Lo' Bt Mohamad Ghazali . Dia dulu belajar di salah satu universiti di United Kingdom dalam bidang perakaunan . Lepas tamat belajar terus kerja di sini selama 2 tahun , dan dalam masa itu jugak dia perkenalkan perbankan Islam dalam sistem bank UK . Alhamdulilah ada jugak sedikit idea dan sumbangan beliau dalam mempraktikan cara islam dalam Bank United Kingdom . Jadi kalau pelajar-pelajar Melayu yang merancang nak datang ke UK , saya cadang buka akaun perbankan Islam di Llyods TSB Bank .

Sistem Bank Islam VS Konvensional


Cenderahati disampai oleh Pengerusi MSC

Tolong perabih makanan free..hehe

Semangat orang pakai baju melayu , kita sejuk

How Liverpool Kindergarden made cheese ? Ni gambar anak postgraduate yang membesar disini termasuk menerima pendidikan awal mereka disini . Paling menarik mereka fasih berbahasa inggeris dan kalau cakap Bahasa Malaysia , kena perlahan-lahan je , kalau dok , dok faham la jawabnye . Bila minta senyum bila nak bergambar inilah jadinya . Memang 'smile' yang dilatih omputih jadi gini rupanya .


Insyallah ada masa along 'update' cerita bulan 12 . Awal bulan takdok hok menarik hanya banyak nak hantar assignment kepada pensyarah , tapi paling seronok mungkin cerita jalan-jalan gi London dan ber'boxing' day . Semoga update ini dapat mengubat sedikit rindu pada keluarga di Terengganu . Salam Maal Hijrah 1431H dari along jauh di perantauan .

Along
Mulberry Court,


Saturday, October 17, 2009

Masih mencari rentak....

Salam

Catatan ini khas untuk keluarga tercinta di Paka

Kini genap sebulan along bermastautin untuk sementara di Liverpool . Selepas 4 minggu kuliah berlangsung , along masih lagi mencari rentak untuk belajar . Minggu pertama berlalu dengan hati yang gundah gulana . Biasa ah dok napok lagi mcm mana gaya kelas . Masuk minggu ke-2 sedikit terpelajar . Dan kini minggu ke-3 telah mula merasai rentak untuk menangani kuliah , tutorial dan masa . Masuk ketiga byk cabaran setelah di beri tugas secara berkumpulan utk subjek tertentu . Maka berpisahlah dengan rakan2 malaysia , nak wak gane ni lah caranya nok pandai bahasa inggeris .Walaubagaimanapun fasa membiasakan diri telah berlalu , cuma tinggal lagi mencari rentak untuk belajar dengan penuh baik dan teratur . Lame doh dok bace buku nih , duk kije 2 tahun banyok menda doh sumbat dalam pikiran. Pelajaran mase politeknik dulu secara keseluruhan dalam Bahasa Melayu . Leni kena tukar kut inggeris pulok .

Mula-mula belajar tak dok semangat jugok bila dok paham sutir habuk nape tau pensyarah duk kabo depan . Ada pensyarah berasal dari China , Uk , France dan Scotland . Pakai buoh tadoh dulu la sementara nak bulih ke ke faham . Leni buleh faham doh lah sket2 . Pkai print dulu slide hok pensyarah nak ngajar , baca dulu . Dalam kelas tulis nota tambahan je . Mudoh sket nk faham kalau dok baca langsung .

Suasana dalam kelas memang berbeza dengan poli , macam duduk dalam auditorium . Stambom org dalam kelas dekat 700 orang . Kalu mari lewat , bere ah muke sebab org duk tgk blake kita duk jalan cari tempat kosong . Sepanjang kuliah pulok puok2 org putih ni ade gok hok degil . Duk wak bising , bila tgk kelas pun riuh jadi rilek lah belajar . Igt kan semua org duk dalam kuliah serius2 belake . Jadi bermula titik tolak tu , nak mari kuliah pun rasa gembira sebab hilang pemikiran yg menganggap kuliah universiti sini sangat2 serius . Lebih kurang suasana poli jugok lah , cuma dahsyat lagi sampai tido berkeroh dalam kuliah , bawak roti , biskut dan kopi . Memang tahan sabar je lah pensyarah kepada budak2 intelek org eropah ni . Ad sesetengah kuliah memang seronok , ada sesetengah kuliah bosan sampai dok sabor nk habis . Kadang-kadang along main dengan Kamus Besta 600A , cari perkataan " lets call it a day " , pahtu tekan talk button . Bila pensyarah dengar suara lets call it a day , derah2 beruboh muka . Bengang kot , terasa sebab budak2 dah mintak habiskan kuliah . Tapi bagus jugak wak gitu , bila dia sedar dia akan cuba sampaikan kuliah dengan menarik serta merta .


Dari segi ketelusan kuliah , ada pensyarah yang betul2 beri kuliah secara berkesan dan ada pula yg main baca slide je . Jadi kena pandai2 la nk hidup kalu nak boleh A dalam peperiksaan akhir . Di fakulti kejuruteraan , cara kedatangan pelajar direkod dalam bentuk elektronik . Sebelum kuliah bermula pensyarah akan mengaktifkan channel kuliah dalam digit tertentu dan pelajar dikehendaki mendaftar channel tersebut melalui 'handset' yg diberi . Lebih kurang gini lah peranti die .


CPS bermaksud class present system . Selain daripada mendaftar kehadiran sebelum kuliah bermula , ia boleh digunakan jika terdapat tutorial dalam kuliah yang memerlukan pelajar memberi jawapan masing-masing secara langsung . Jadi pensyarah akan boleh kesan jika ada pelajar yang membuat kiraan yang silap . Kalau ikutkan memang canggih sistem ni , tapi kalau budok2 nak ponteng . Boleh je passing alat ni kepada sain dia . Setakat suruh pecet takdok masalah . Itu cerita baik buruk berkesan alat ni lah , tapi takat ni takdok niat nak ponteng kelas lagi . Hehehe

International Student experience Team

Dalam minggu yang kedua lebih kurang 7hb Oktober , pelajar-pelajar baru mendapat kiriman email dari pihak pengurusan universiti . Pihak ni adalah pasukan pengurusan yang bertanggungjawab untuk mengkaji sebab pelajar antrabangsa seperti dari Malaysia memilih untuk belajar di University of Liverpool . Ia dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan dan perlu mendaftar . Dalam duk menilai nak pergi ke dok program tu , tibe2 terbaca ganjaran die..." As a thank-you for your time, participants will receive £15 cash."

Biaq betul , mane ade org nak bagi free RM 90 . Kalau £15 nilai tu bermakna sangat2 utk duit poket . boleh tahan untuk seminggu . Jadi kalau dapat pergi selain menguji tahap komunikasi bahasa inggeris , dapat duit poket ok jugak . Tapi kawan2 takdok sorang pun minat nak pergi , mungkin masa mereka dok senggang utk aktiviti tu . Jadi tersebutlah kisah along memberanikan diri sorang2 pergi ke aktiviti tu . Program berjalan macam biasa , rupanya ia diadakan mengikut pelajar dari negara yang sama , semua orang Malaysia , dok lah susah mana nak faham isi perbincangan . Lebih kurang satu jam , maka selesailah perbincangan . Ada manfaat yang sangat berguna dari aktiviti tu iaitu dapat tahu kajian maklumat penting untuk menarik minat pelajar masuk ke Universiti . Tapi paling syok dapat duit percuma.....alhamdulilah rezeki2


Minggu kedua masih rancak Open Day

Kalu diikutkan bilangan hari dalam syawal , kali ni hari ke 28 Syawal doh . Tapi Jamuan rumah terbuka masih lagi meriah dikalangan penuntut undergradute dan postgraduate . Kali ni anjuran MSC ( Malay Speaking Circle ) iaitu persatuan Melayu di Liverpool . Tapi keahlian bukan terhad kepada Melayu bahkan kepada sesiapa warga Malaysia dan Melayu dari Indonesia dan Brunei turut boleh menjadi ahli . Pagi2 lagi bangun doh gi rumah Abg Attas wak gotong royong bakar satay . Budok2 ni bukan gotong royong ngat tapi niat nak makan free ad jugok , biaselah budok bujang , lebih2 lagi dengor mintak tulong bakar satay . Dok cakap banyok , gi selalu .

Selesai sehari suntuk acara bergotong royong , malam tu adalah acara rasmi Majlis Hari Raya Terbuka oleh MSC di AlGhazali Centre . Ramai jugak ahli yang dapat hadir . Rupa2nya ramai komuniti Melayu di Liverpool nih .

Inilah barisan perantau yang baru tiba untuk sesi September 2009 . Kalau ikutkan ramai lagi , tapi ini je sebahagian yang dapat hadir .

Berdiri dari Kiri : Along , Abu , Uzair , Abg Azman , Abg Arman , Affan , Ikhwan , Syafiq , Ridhwan
Duduk dari Kiri : Fikri , Saiful Hadi (Bob) , Hafiz Fahmi , Hakim , Farah , Aisyah

Manchester here i come....
Minggu ketiga adalah minggu paling banyak duit habis . Bakpe ? Sebab hari rabu cuti dan khamis sepatutnya ada Makmal tapi minggu ni bukan giliran . Jadi 2 hari cuti berturut-turut hendaklah dimanfaatkan . Amenda lagi , derah2 telefon Fattah Jamaluddin ( kawan lama SMKAKA ) yang berada di Manchester . Dia pun tak sibuk kalau nak gi jalan kat dia . Sebelum ni memang selalu duk berhubung dalam YM , rancang nak jumpa . Kali ni giliran along gi jalan Manchester . Alang2 boleh jumpa dia , dapat jugak jumpa seorang sahabat yang jumpa di surau Ayah Su , Hassan namanya . Kalu ummi ingat lagi , along ada cerita jumpa seorang budak yang praktikal di Petronas Kerteh dalam kejuruteraan kimia . Perjalanan ke Manchester menaiki tren dari "Liverpool Limestreet Station" ke "Machester Picadilly Station" memakan masa selama 1 jam 12 minit . Harga tiket pergi dan balik selepas diskaun "Railcard" adalah sebanyak £8 ( RM 48 ) . Murah dah tu kalau ikutkan jauh jugak jarak antara 2 negeri ni .



Di Manchester kos tempat tinggal dok jadi masalah sebab tumpang bilik Fattah . Tapi kalu nak gi ke tempat-tempat menarik terpaksa naik bas . 'Manchester Arndale' adalah syurga beli belah di Picadilly Garden . Banyak barang-barang boleh didapati disini dengan harga yang murah2, amenda lagi rembat selalu kasut 'slazenger' nge jeans 'mark&spencer' .

Pada malamnya pergi ke rumah Hassan yang terletaknya di Rusholme . Disini adalah tempat muslim dimana restoran halalboleh dilihat disepanjang jalan . Rata-ratanya dimiliki oleh saudagar Arab , Iran , Pakistan dan India . Fattah yang dah seminggu lebih dok jumpa nasi , terus menitik air liur tgk nasi beriyani sini . Maka masuklah kami menghadap rezeki makan malam di Afghan Cuisine .


Hidangan satu pinggan ala Arab ini sgt lah banyak , sampai dok larat nak perabih kalu ikutkan . Tapi oleh kerana lapar dok oh, makanlah kami dengan penuh selera . Gaya makanan sebegini boleh didapati dengan banyak di UK . Kebanyakan org Arab , Pakistan , India , Afrika merantau ke sini memang datang untuk berdagang dan terus menetap di UK . Disini benar apa yang dibaca dalam sesetengah email , Islam semakin hari semakin bersinar . Benarlah terdapat satu petunjuk akhirat iaitu matahari akan terbit dari sebelah Barat . Semoga nikmat Islam yang diperolehi dari kisah di UK menjadi iktibar untuk kita berusaha memelihara agama dan menyumbang kepada usaha dan jalan-jalan ke arah perjuangannya .

Begitu juga kisah restoran halal di Liverpool , ada chicken Bazooka , Best Kebab , Quick Chef , Kimos , Hot n Tender....tapi kalau bertandang ke Liverpool , pergilah ke Quick Chef . Sgt sedap lagi murah ...pizza 12" dengan harga £4 .


Old Trafford Stadium

Alang2 sampai di Manchester , tak sah kalau dok melawat Old Trafford Stadium dimana kelab bola paling digilai ramai terletak . Tapi ada jugok org dok minat Manchester United , bakpe eh ? Kalau ikutkan hati ini memang dok minat pun Manchester United nih , baik sokong pasukan Terengganu lagi untung . Kerana selalu disebut ramai , maka jejak jugaklah kaki kesana menaiki bas 'Stagecoach' nombor 250 dari stesen BBC .

Besornyee Stadium....... kalu mmg peminat MU , puas hati la sebab stadium besor dan canggih . Tapi..... nak masuk gi round tgk dalam, 2 kali mikir lah sebab harga pas masuk ke Muzium dan melawat stadium adalah £12.5 ( RM 75 ) . Banyak nilai tuh , oleh sbb kali ni berkunjung sorang2 je , dok puas hati la kalu nak masuk sorang2 kurang seronok . Rancang nak masuk lain kali je lah bawak 10 orang baru meriah sket . Dok rasa sangat nak bazirkan £12.5 . Old trafford stadium menjadi tempat melawat terakhir sebelum bertolak balik ke Liverpool menaiki tren pada jam 4.15 ptg .

End of Glory Week

Kisah Manchester tak habis takat tu jer , dalam perjalanan balik ke Liverpool berlaku kesilapan menaiki tren . Kalau diikutkan papan digital , betol dah naik tren tu ke Liverpool ( menuju ke Barat England ) . Tapi bila tengok stesen disebelah kanan dan kiri , rasa macam pelik jer . Kata dalam hati "Bukan jalan gi Liverpool nih...dok rajin lalu pun kut ning..." . Sampai je stesen Bolton , tanye lah petugas situ adakah saya betul ke Liverpool Limestreet " Oh young man , you are on up north track but you still lucky . There was one train after this at 1645 towards to SouthPort . Take that one and switch to Liverpool direction once arrived there "...Thank you uncle . Alhamdulilah mujur sempat sedar boh , kalu dok pah duane doh ari tu . Sesat pun ada untung dan hikmahnya . Sepanjang perjalanan dari Bolton ke Southpark dan bertukar tren ke Liverpool Central , banyak benda menarik boleh dilihat sepanjang jalan .


Jauh perjalanan , luas pemandangan . Jumpa tali air , jumpa hutan , pantai , kincir angin , kilang , ladang lembu , ladang biri-biri , padang ragut kuda . Paling seronok dapat bercakap dengan sepasang org tua UK yang tinggal di Bottle Oriel Road . Mereka sangat ramah dan bahasa Inggeris mereka sangat lemah lembut dan penuh sopan berbanding golongan muda-mudi UK . Along ceritalah pasal kisah sesat ari ni , dia kata "Oh you make the right action , my dear ".... memang org -org lama UK sangat peramah terutama kawasan terpencil berbanding bandar-bandar besar . Setelah sampai ke Liverpool , baliklah ke Mulberry Court membawa seribu satu macam pengalaman berharga .


Keesokannya kuliah macam biasa hari jumaat , tapi hari ahad ni adalah hari yang paling dinantikan . Ada 3 orang sahabat dari Lancester dan Keele mari melawat ke Liverpool . Jadi utk meraikan kedatangan , awok ni sepakat nak gi round Stadium Liverpool , Anfield . Kos dia £6.5 ( RM39) murah sket dari masuk Old Trafford Manchester . Tapi yang penting masuk ramai2 memang akan menjadi lawak lah .

Dihadapan pintu pagar utama Stadium

We Will Walk Together

Only aaa.....

Selagi ad peluang bergambor , dok hirau langsung pelawat lain

Nak diringkaskan cerita ia meninggalkan seribu satu kisah dan kenangan . Time masuk bilik persalinan dengan gelagat gambor sambil angkat jersi pemain ternama . Sampai pening pale 'guide tour' nak susun balik jersi pemain2 ditempat asal .

Huru- hara abih ' changing room'

Abih doh tukor tempat sangkut...

Bakal budak Milo sesi 2010...


Malangnya kunjungan ke stadium anfield hanya dibenarkan masuk dikawasan penonton dan tidak dibenarkan masuk kekawasan padang . Kononnya kalau ad jugok pelawat yg masuk , awok die akan kenakan tindakan undang-undang iaitu denda sebanyak £25,000 ( RM 150,000.00) . Biar dok pijak pun , same lembut je rumput tu nge mane2 padang atas bumi Allah taala ni.

Melangkah ke padang...


Rupe dalam stadium

Itulah sebabnya kenapa minggu ketiga banyak sangat habis duit . Gi macam -macam tempat sampai hilang rasa tekanan belajar . Gane2 pun setiap pengalaman itu ada harga dan hikmah disebaliknya . Gambar bawah ni kalau nk tengok asrama along . Kalu dari kedudukan tukang ambik kamera ni sebelah kanan adalah pintu masuk dan sebelah kiri ada sinki sutir . Kecil je bilik , tapi selesa dah . Harga penginapan untuk seorang £80.15 per week ( RM480.90 / minggu) lengkap dengan elektrik , pemanas dan air . Asrama ada kemudahan dapur dan gas , internet , telefon dalaman dan bilik dobi .

B102 Mulberry Court

Boleh tahan doh untuk permulaan ni . Lepas ni mungkin cari rumah yang lagi murah . Semoga along sentiasa tabah untuk terus berjaya sebagai anak perantau . Hidup sebagai orang dagang memang banyak cabaran dan menjadi lumrah untuk kita hadapi dengan tabah supaya dapat menuai hari esok dengan jayanya . Sekian sahaja dari along untuk kali ini . Along mintak ummi , abah dan adik2 doakan semoga along berjaya disini . Bukan hanya pelajaran malah terpelihara diri , iman dan islam . Insyalllah...semoga bersua lagi

Along,
Mulberry Court,Liverpool
20 Oktober 09 , 11.04 p.m