Thursday, November 19, 2009

Bertatih , berjalan dan berlari mengatur langkah....

Salam

Catatan ini khas untuk keluarga tercinta di Paka.

Pertamanya , maaf kerana setelah 3 bulan lamanya dok tulis blog ni . Banyak benda sangat nak cerita tapi dok dang ke masa . Angah ada kabo aboh 'check' sokmo kat tmpat kije , tapi takdok benda hok baru . Nak kata sibuk sangat dok lah terlalu , tapi dok teringat sokmo nak tulis , bila ingat ada sokmo kije nak kena buat . Jika dulu along tunjuk doh asrama along , kali ni along cerita sket pasal universiti . Jarak antara asrama Mulberry dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal hanya 5 minit berjalan . Memang paling dekat dan strategik untuk pelajar baru . Bangunan fakulti kejuruteraan adalah gabungan bangunan lama dan baru . Dahulunya ia dikenali sebagai Victoria Museum , kalau lihat dari segi corak dan bentuk memang klasik . Sekarang bangunan lama masih lagi ada sebagai pandangan luar dan dicantum dengan bangunan baru didalamnya . Bawah ni boleh tengok bangunan fakulti , bangunan baru mengeluarkan warna yang berturutan dan kalau perasan ada menara jam dibelakang itu ialah bangunan lama .

Bangunan asal dan disambung

Walaupun leni ia dikenali Bangunan Fakulti ' University of Liverpool ' , identiti Muzium Victoria masih lagi dikekalkan , dengan adanya 'mini museum' , dihujung bangunan . Tapi muzium ni lepas 2 bulan belajar sini baru perasan kedudukan dia , tu pun sebab ada iklan kerja kosong 'pembancuh kopi' cafe didalamnya . Jalan depan fakulti ini dipanggil 'Brownlow Hill' . Betul-betul bersetentangan dengan bangunan ni ada kedai runcit , kedai kopi , kedai pizza , kedai lesen memandu . Jadi kebanyakan masa kalau dok pergi ke bandar singgah kedai depan fakulti ni je beli roti untuk alas perut .

Ronda-ronda Liverpool

Albert Dock

Kata orang 'Luas perjalanan , kaya pengalaman ' ...eh ke salah peribahasa ni . Rasanya sesuai brgkali untuk orang yang berjalan-jalan dalam kawasan yang sama je . Kalau peribahasa 'Jauh perjalanan , luas pengalaman ' untuk pergi merantau dari satu kawasan ke satu kawasan jauh kot . Kalu setakat dalam Liverpool je , lebih banyak kita 'round2' lebih banyak kita tahu apa yang ada . Gane-gane pun nak kabo alang-alang duk tempat orang ni , ada masa buleh jalan , molek gi jalan . Baru dapat tambah pengetahuan , dapat rasa nikmat merantau dan sebagainya . Tapi kalau nak berjalan di Liverpool kena mikir 2-3 kali jugok , sebab sini dah la sejuk , angin pulak kuat . Ooo..dok kena cara lapar sokmo sebab kena tiup diangin . Masa sebelum mari hari tu ingat jaket hok bawak dari rumah tahan sejuk doh sini , rupanya dok , terpaksa along cari se lagi , buleh tahan doh harga dia dok mahal mana dalam RM150 je . Biasanya kalau nak jalan-jalan jauh , lama-lama pakai hok ni la . Tebal sket , kalau gi jalan dekat2 je pakai hok nipis2 sket .

Bangunan Pentadbiran Kerajaan

Liverpool takdok lah banyak tempat menarik macam negeri sebelah,Manchester tapi sesuai untuk belajar . Ada kemudahan yang tak kurang cukupnya dan tempat membeli belah tak menarik sangat , Kalau di Manchester banyak sangat tempat membeli belah , dan murah-murah pulak tu . Universiti di Liverpool pun agak dekat dengan bandar memudahkan pelajar mendapatkan barang yang dikehendaki dengan senang . Kalau mari Liverpool , selalu orang akan bawak melawat pelabuhan 'Albert Dock' , Muzium Negeri , L1 Bandar Liverpool , Museum 'The Beatle ' , Bangunan kerajaan sekitar bandar dan paling penting Stadium Anfield Liverpool . Kalau bosan hujung-hujung minggu sokmo gi nengung kat Albert Dock , walaupun sejuk kurang-kurang hilang tekanan sikit jalan-jalan , tengok sungai , tengok bandar .

Design 3 , Project - Shallow Water Rescue Craft
Semester pertama tahun ni ada 8 subjek yang diambil . 7 subjek masuk 'final exam' dan satu subjek takdok ujian akhir hanya kertas kije je iaitu subjek 'Design 3' . Ia adalah matapelajaran untuk melatih pelajar membentuk sesuatu benda baru melalui software ProEngineering . Kalau kat Malaysia budak kejuruteraan Uniten dengan UTP je yang guna software ni . Kalau tak silap la , kebanyakan kursus kejuruteraan universiti di Malaysia guna program AutoCad atau Software lain tapi bukan ProE . Yang pasti ia bertujuan untuk lukis sebarang bentuk mekanikal , elektrikal atau civil samaada lukisan 2D, 3D atau animasi . Jadi subjek ni suruh budok2 Mekanikal reka 'Bot penyelamat ' yang boleh gi kat air toho ametoh lagi dalam . Lepas bahagi-bahagi kumpulan inilah ENGG05 group ada 7 orang semua termasuk hok tukang ambik gambar bawah ni sorang pastu dok mari sorang lagi .


Lu Yan ( China) , James (UK) , Fakhrul ( MALAYSIA ) , Mr William , Philps (UK) , Anwar ( Bangladesh)
Not in foto : Sarah ( UK) , Evan ( India )

Ni gambar ambil masa gi melawat salah satu agensi penyelamat tempatan di UK , hanya 20 minit naik tren dari Liverpool . Memang pakcik dalam gambar ni wi penerangan bersungguh-sungguh sebab dia tahu ni budak universiti yang buat kajian . Memang semangat dan sungguh-sungguh pokcik ni duk terang dan jawab soalan . Tapi yang penting dalam siapakan tugas 'coursework' subjek ni , bukan setakat bincang tentang aspek teknikal dan kejuruteraan sains tetapi buleh wak aktiviti jalan-jalan melawat .

RNLI Hovercraft

Bawah ni adalah bot penyelamat agensi 'Lifeboats' ni . Kawasan bangsal ni dekat dengan pantai dan ia boleh menerima tugasan pada bila-bila masa sahaja 24j/7h . Menurut pokcik ni lagi , kos 'hovercraft' ni mencecah £150,ooo.oo ( RM900,000.00) . Dan yang paling terkejut ia bukan mari dari kerajaan tapi orang kaya UK yang prihatin dengan masalah kampung dia , dia dah kaya dengan merantau lalu dia laburkan duit itu untuk bagi orang kampung satu penyelesaian . Ini lah sepatutnya berlaku yang miskin bukan hanya ditolong dengan diberi duit bantuan , malah satu peluang dan galakkan ilmu untuk berjaya , lebih-lebih lagi orang yang dah berjaya dalam ilmu , memanfaat ilmu yang ada untuk kesenangan bersama . Baru lah teringan sedikit masalah yang ada . Teorinya kerajaan amanah dengan pembentukan generasi ilmuan bukan akademik semata-mata malah agama turut menjadi aspek utama , generasi berilmu yang bangun bersama didikan ilmu ugama sudah pasti memiliki jati dan luhur yang kaya dengan sifat 'mahmudah' , dan bagi golongan yang kurang pencapaian dalam ilmu ilmu agama dapat bimbing mereka kearah jalan yang betul dalam meniti hidup . Seterusnya orang - orang cendekiawan dalam lapangan masing-masing pasti akan terus berbudi dengan rela hati mereka untuk membantu yang dibawah dan orang yang dibawah akan terus menyemai sifat tolong-menolong yang ada pada kekuatan mereka untuk membangunkan generasi mereka dan juga pendidik dan penabur bakti ini . Barulah selesai segala masalah dalaman negara , kata kunci terpenting adalah agama . Jika hilangnya agama dalam diri seseorang pemimpin , pendidik , orang kaya , orang miskin , maka pencapaian yang dianggap berjaya tidak kekal lama . Saje-saje mikir pasal politik negara , kalau dok mikir sape lagi nok mikir .

Firdaus Restaurant
Kalau pergi kesesuatu tempat mestilah dalam banyak-banyak kedai makan , ada restoran paling terkenal , yang paling murah dan bagi along kedai hok berbaloi skali bukan sahaja murah tapi makanan yang dihidang jauh lebih dari harga yang dibayar . Restoran yang diberi nama Firdaus ni duduk sebelah jalan London Street dekat dengan stesen keretapi Liverpool Limestreet . It is Iranian restaurant and its can be declared as most satisfied retaurant because when totally starving , you only need to spent for £5.50 ( RM33) to get one set as picture below . Set nasi ayam , kambing , daging + 2 sup + Salad + Roti + Sup istimewa kedai & Tap Water = Free of charge . Hehehe

Selalu juga ke Kedai ni hujung-hujung minggu , bila rasa nak makan set hidangan sini lah paling puas hati . Kuantiti memang berbaloi tetapi kualiti tak lah sesedap , patut la dengan harga dia yang agak murah . Kalau tempat lain dengan harga yang sama baru boleh dapat 5 ketul ayam atau burger atau sandwich sebagai menu utama + kentang goreng dan air tin gas .

Nottingham Malaysian Game
Bertempat di 'University of Nottingham' . Sukan tahunan untuk pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom diadakan di Nottingham . Along ambil peluang ni nak gi kenal-kenal kawasan Nottingham selain dapat berjalan-jalan menghabiskan masa hujung minggu . Asalnya rancang nak main 'volleyball' tapi format sukan pulok nak kena campur dengan perempuan . Cancel terus lah niat , gi derat semata-mata . Bila sampai denun ramai sangat rupanya orang Malaysia di UK , tu baru pelajar-pelajar hok mari , kalu campur hok dok mari , hok kije sini memang bederu derang lah . Sehari duk denun ni kawan-kawan lama hok jumpa kursus BTN dulu . Lain-lain semua budak lepasan SPM yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran di Kolej Persediaan .


Dari kiri : Shaiful ( Sheffield) , Fakhrul ( Liverpool), Wan ( Coventry), Saiful (Liverpool) , Arif ( Loughborough )

Ni lah barisan 5 sekawan yang menjadi saksi cerita bertajuk menteri pandai buat kelakor . Rasanya cerita dah ke ummi . Ingat gambar ni dalam perancangan kalau ada salam perantauan nak wak masuk hok ni lah . Hehehe

Philharmonic Undergraduate Dinner 9 Zulhijjah 1430
Menjelang Hari Raya Aidiladha yang lepas , kalau pagi raya memang dok dang nak hadir ke mana-mana jamuan doh sebab ada kuliah . Jadi kawan-kawan sepakat untuk wak jamuan sket malam sebelum raya . Wak kecil-kecilan je sebab bajet hujung-hujung tahun ni sikit doh dalam kocek . Bila makan ramai-ramai baru berkat , rasa kenyang walaupun sikit je , itu hikmahnya .

Ayam Panggang bujang

Nasi goreng perantau

Air botol je , nak bancuh takdok bekas besor

Ni tuan tempat jamuan Philharmonic Court
Undergraduate yang hadir + jurugambar

Majlis Aidiladha 12 Zulhijjah 1430


Selang 2-3 hari kemudian , jamuan besar-besaran dibuat oleh Komuniti Malaysia di Liverpool . Kalau dulu ada jugak hadir gotong royong untuk buat makanan , tapi kali ni dok gi . Hanya beri duit je untuk beli bahan-bahan . Kawasan along kena tugas wak kuah kacang untuk makan dengan ketupat nasi . Jadi nak gi gotong royong ramai-ramai dok jadi jugok , sebab kuoh kacang senang je masak .

Tapi agak meriah jugak la , sebab anak-anak postgraduate semua hadir dan nakal-nakal . Suasana riuh rendah tu masih ada walaupun menganggu majlis dalam dewan

Dalam majlis yang sama , diadakan Slot pengisian Perbankan Islam Llyods TSB . Inilah pengasasnya , Fawwaz anak Dr. Lo' Lo' Bt Mohamad Ghazali . Dia dulu belajar di salah satu universiti di United Kingdom dalam bidang perakaunan . Lepas tamat belajar terus kerja di sini selama 2 tahun , dan dalam masa itu jugak dia perkenalkan perbankan Islam dalam sistem bank UK . Alhamdulilah ada jugak sedikit idea dan sumbangan beliau dalam mempraktikan cara islam dalam Bank United Kingdom . Jadi kalau pelajar-pelajar Melayu yang merancang nak datang ke UK , saya cadang buka akaun perbankan Islam di Llyods TSB Bank .

Sistem Bank Islam VS Konvensional


Cenderahati disampai oleh Pengerusi MSC

Tolong perabih makanan free..hehe

Semangat orang pakai baju melayu , kita sejuk

How Liverpool Kindergarden made cheese ? Ni gambar anak postgraduate yang membesar disini termasuk menerima pendidikan awal mereka disini . Paling menarik mereka fasih berbahasa inggeris dan kalau cakap Bahasa Malaysia , kena perlahan-lahan je , kalau dok , dok faham la jawabnye . Bila minta senyum bila nak bergambar inilah jadinya . Memang 'smile' yang dilatih omputih jadi gini rupanya .


Insyallah ada masa along 'update' cerita bulan 12 . Awal bulan takdok hok menarik hanya banyak nak hantar assignment kepada pensyarah , tapi paling seronok mungkin cerita jalan-jalan gi London dan ber'boxing' day . Semoga update ini dapat mengubat sedikit rindu pada keluarga di Terengganu . Salam Maal Hijrah 1431H dari along jauh di perantauan .

Along
Mulberry Court,