Sunday, January 31, 2010

Berakhirnya semester pertama akademik 2009/2010

Salam

Catatan ini ditujukan khas buat keluarga terindu di Paka , Terengganu

Enjoy snow fight like you never have before

2010 dan Januari , permulaan yang banyak memberi impak kepada setiap orang . Tapi lain buat along disini , sebab kena baca buku kerana peperiksaan akhir yang berlalu pada 18 , 20 , 21 , 26 dan 28 hb yang lalu . Walaupun tertekan dengan peperiksaan , sempat lagi main-main perang salji hari-hari . Bukan lepo ke kawan-kawan Malaysia je , bahkan sape-sape hok lalu tepi jalan , main lepo je . Memang ye dok maroh , sebab itulah keseronokan main salji .

Berbalik kepada ujian akhir tadi , 5 kertas semuanya Matematik , Mekatronik , Teknologi Bahan , Kaji Daya Struktur dan Analisis Data Eksperimen . Payah nya bukan main . Tapi usaha pun sudah , buat yang terbaik pun dah , cuma bertawakal kepadanya sahaja lah , didoakan moga2 dapat keputusan yang baik .

Setakat ni dok tubik lagi keputusan , tapi doakan semoga along lepas je daripada markah minimum . Walaupun sepatutnya kena skor molek , cuma maklumlah pertama kali ambil peperiksaan akademik di luar negara dalam subjektif , 2 tahun doh dok duduki ujian , tambah pulak dengan kali ni belajar dalam B. Inggeris , memang betul-betul mencabar along untuk berusaha ke arah cemerlang .

Wigan Cruise Journey

Kali ini setelah berbulan lamanya dok memandu , peluang pertama untuk menyusuri lebuh raya UK terhidang selepas menerima pelawaan Pak Tam bergotong royong di rumah beliau yang letaknya di Wigan . Pak Tam dah 6 tahun tinggal di UK , bekerja dan sekarang nak balik Malaysia doh . Dia boleh dikatakan seorang ustaz yang berasal dari Kedah , lulusan Universiti Al-Azhar Mesir , tapi hanya menggelarkan diri dia Pak Tam . Jadi disebabkan khidmat lori ke pelabuhan Manchester tidak dapat sampai ke Wigan (jarak jauh) , jadi terpaksa punggah sendiri barang ke pelabuhan . Maka bila menggunakan 2 van , along terpaksa jadi drebar kedua .

"Pak Tam sewa van lagi satu , jadi kamu tolong bawa van paktam ni boleh , maaf la susah kan ...
kata Pak Tam sambil menghulur kunci Toyota Estima Lucida .

"Eh , takpe Pak Tam , tak susah pun lagipun saya boleh memandu "...

Masa baca perenggan ni , mesti Ummi sedikit mengomel marah sebab along nakal lagi , maafkan along ya , org bagi peluang along manfaatkan je . Teringat along kisah ayah chik losong suruh along bawak Van dia masa nak ambil sate untuk hari raya tahun 2003 di Pengadang Baru ."Ayah Chik kata , " Ummi mu tengok je long bawak Van , ah sudoh "...Dakpe ah Ayah Chik kan ada tepi"..Hehehe . Biasa la orang baru buleh lesen , geletat lama dah nak bawa kereta . Di UK kali ni pulok , ialah musim salji , jalanraya penuh habis diliputi salji . Ada terdengar berita dari radio ada kemahiran yang khusus untuk memandu ketika salji . Kena guna Gear rendah dan tak boleh tekan minyak dengan mengejut , sebab akan gelincir dan senang terbabas . Kira bonus la dapat memandu + merasa kemahiran memandu atas jalan yang bersalji .


Estima Cockpit View

Dok penoh hayat kita bawa kereta Estima , kali ini merasa jugak . Yang kelakornya kereta ni gear distereng , jadi pura-pura test dulu sebelum bawa . Kalu dok leh masuk dok ke selok tengoh Jalanraya . Bila hidup enjin , masuk gear nak go-head ...

"Eh , duane 'hand-brake'....musing ketang kita duk cari handbrake . Intai celah 'dashboard' takdok , tepi stereng takdok , sebelah kiri kerusi pun takdok , dok jupe mane handbrake duduk . "Aaiii duane pulok 'hand-brake' dia ni , sudoh kije doh la.....bila buka pintu nak tanya Pak Tam , baru ternampak handbrake dia , duk sebelah kanan tepi kerusi drebar . Hahaha...ada benda baru jugak belajar bila naik kereta ni , dok penoh tengok handbrake sebelah kanan .

Pak Tam pulak sewa van untuk punggah barang . Bukan sembarang van disewa . Mercedez Vans
tu . Tapi boleh tahan murah lah sewa sebab memang buatan sini kan . Jadi kos alat ganti dan senggara murah menyebabkan sewa pun murah .

Cerita memandu kereta dok habis dengan toyota estima lucida je , sampai di Manchester Pak Tam tiba-tiba ubah fikiran nak mintak suruh bawak van Mercedez ni . Katanya kalau ada polis , insurans van ni boleh lindungi sesiapa pun yang memandu . Kereta toyota hanya nama Pak Tam je . Jadi dia mintak bawa van Mercedez pulok . Mercedez pun mercedez lah , janji kije siap je . Pengalaman 'handbrake' kereta ni pulak , dia 'release' dengan menarik tangan dan masuk dengan tekan pedal . Pelik2 sungguh la, lain jenis lain sistem dia .

Masa parkir di kawasan Manchester , pernah tersangkut dalam salji . Orang teranu kata 'lekat' . Aah amenda lagi test lalu kemahiran menghadapi tayar lekat ni yang ditimba sepanjang bawak Toyota Unser dulu . Dulu pernah lekat dalam seluk di Kuala Bekah sekali dan lekat dalam pasir pantai Chendor sekali , kali ni dalam salji Manchester pulak . Payoh jugok sebab handbrake dia lain , 2-3 kali lekat . Sekali je berjaya keluar dengan teknik memandu , hok lain kena tolok . Nakal-nakal sungguh...


Sheffield Tour
Selepas je tamat kertas terakhir peperiksaan kali ni , perasaan sakit hati sebab kertas akhir tak dapat buat dengan baik mu melanda jiwa dan raga . Walaupun baca banyak kali doh satu tajuk tu nge wak latihan , tapi bila dalam dewan , semua nya hilang tumpuan . Kalau ikut memang sakit hati tapi bila fikir , ada 3 hari jarak hari selepas ujian dan semester baru , jadi kena manfaatkan sebelum ia berlalu . Along pun terus hubungi kawan di Sheffield untuk melawat mereka . Ingat lagi 2 orang yang sama-sama berlepas nge along diKLIA dulu , 2 orang yang rambut panjang . Seorang macam mamak , nama dia Azmi . Seorang lagi galas kamera rambut kerinting tu nama Ikram . Dua-dua belajar di Sheffield ni . Along janji dengan dia lah nak mari Sheffield .

Along dan Syaiful

Sahabat ni lain pulak , along kenal melalui kawan di Liverpool . Dia asal Sabah dan sebelum ni buat Diploma Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Pulau Pinang . Dia tinggal di Opal House di Sheffield sebelah dengan penempatan Ikram .

Norfolk Park
Sheffield ni adalah sebuah kawasan dalam lembah . Ia dikelilingi oleh bukit dan tanah tinggi . Tak macam Liverpool dekat dengan sungai dan laut . Jadi memang bandar dia penuh dengan tumbuhan flora . Kalu dok silap , Ikram kabo bandar yang paling banyak tumbuhan di UK adalah Sheffield . Kalau ikutkan tempat tarikan dia pun mesti nama Garden , Square , Park lepas tu ada jugok nama Quay . Jadi ni salah pemandangan dari puncak di Sheffield .




Uphill View of Sheffield Town

Winter Garden

Winter Garden , Sheffield

Inside Winter Garden

Peace Square

Sheaf Square

Sheaf Square , Sheffield


Hasil Seni Sheffield

Kalau tak silap gambar potret ni , banyak dalam poskad . Tapi along tak sengaja jumpa bila jalan-jalan dalam bandar . Dia satu bangunan dengan pusat kumpul hasil ikan di Sheffield .

The Trawlers Catch Building , Castle Street



Victoria Quays
Kalau di Labuan dulu , ada penempatan dalam air . Cuma tak sempat along bawa lihat penempatan Iranun,Bajau laut ataupun Pela'uh di Tawau , Sabah . Kalau dapat lihat masih ada lagi kaum ni tinggal dalam perahu di Sabah . Sama dengan orang UK yang ada di di Victoria Quays , Sheffield ni . Terkejut jugok pada mulanya , lepas gi tanya orang dalam bot panjang-panjang tu , memang betul mereka tinggal dalam bot tu sebagai rumah . Dianggarkan kos sebuah bot £30,000 (RM180,000.00) minimum .

Yang bezanya bot mereka canggih , koho bertamadun kot . Serba lengkap dalam ada elektrik , gas , air, ruang tidur , dapur , ruang tamu dengan perabot , kerusi dan televisyen . Ada jugak hok ada komputer dok pasti guna internet dop .

Cuma ada jugak dalam banyak-banyak bot ni dia tawarkan penginapan dengan caj £59 (Rm354) satu malam . Lengkap dengan sarapan , makan tengahari dan malam . Sape yang berminat boleh layari website ni http://www.houseboathotels.com


Sheaf Quay



Sepanjang lawatan along ke Sheffield , along jumpa satu pengalaman yang paling berharga darinya . Bukan semata-mata kenal tempat orang , melawat kawan dan membuka minda , bahkan niat asal along sebelum ni untuk bertandang ke Sheffield adalah untuk melihat komuniti tetangga Malaysia disini .

Deep Ukhuwwah in Sheffield

Dalam banyak-banyak kawasan di UK , along dikhabarkan bahawa di Sheffield inilah terdapatnya persatuan mahasiswa yang paling aktif di UK . Mungkin faktor itu juga mendorong terbentuknya mahupun komuniti penuntut Malaysia yang paling aktif di seluruh United Kingdom . Mereka aktif menganjurkan program setiap tahun dan tak kurang juga dalam hal agama . Yang pasti along ingin melihat kelainan apa yang dikatakan sebuah masyrakat yang sangat kuat dalam melaksanakan ukhuwah atas dasar agama .

Sebelum ni banyak along dengar cerita , kalau di Sheffield tak akan jumpa pasangan Melayu yang berjalan bersama-sama malahan berpimpin tangan . Disini juga , sesama mereka menolong dalam menyalurkan maklumat kalau-kalau ada pelajar Melayu yang terjerumus ke Kelab Malam dalam usaha menangani gejala tak bermoral seterusnya melahirkan insan yang baik . Pelajar lelaki baik pun perempuan samaada yang bujang atau bekeluarga hidup seolah-olah mereka satu keluarga yang kuat talian silaturrahim nya .


Mas Afzal Masarudin brother

video
Ucapan terakhir MasAfzal untuk Januari 2010 di Sheffield

Kebetulan bila along ke Sheffield , mereka mengadakan Majlis Solat Hajat untuk seorang ahli Komuniti yang telah lama menuntut di Sheffield dalam bidang perubatan . Pelajar ini dikenali dengan panggilan Abang MasAfzal .

Beliau telah tamat pengajian dalam bidang perubatan pada penghujung Jun 2009 yang lalu . Sebelum itu atas takdir Allah taala , beliau dikesan menghidap kanser atau nama saintifiknya 'Hodgkin's Lymphoma' sejak 5 Disember 2008 yang lalu . Lalu rentetan kisah rawatan kimoterapi bermula sejak dari hari itu selama 6bulan untuk ia berakhir dengan kejayaan sel kanser itu lesap . Selepas 6 minggu ia muncul kembali dan kali ini rawatan diteruskan dengan Kimoterapi Dos Tinggi selama 3 bulan . Ianya juga mula mebuahkan kesan positif . Selama 2 bulan lamanya Allah taala mengizinkan kanser itu lenyap , tetapi atas izinnya jua , setelah imbasan kali ketiga dibuat pada minggu ke-3 Januari 2010 , sel kanser muncul semula . Kali ini ia bukan sahaja muncul dikawasan lama iaitu dileher tetapi telah merebak ke seluruh organ dalaman tubuh . Justeru , pihak hospital UK tidak lagi bercadang untuk meneruskan usaha , memandangakan keadaan kanser adalah diperingkat paling agresif dan rawatan kimoterapi yang tidak lagi mampu melawan .

Majlis solat hajat ini adalah majlis terakhir secara lisan dari komuniti Sheffield dalam usaha mendoakan , memohon dari Allah supaya usaha saudara MasAfzal untuk meneruskan rawatan di Malaysia membuahkan hasil . Suatu hadiah yang cukup bermakna Allah aturkan pada suatu malam untuk Along dan membawa makna tersendiri kepada hadirin yang hadir pada malam itu di Muslims Welfare House Sheffield . Along berpeluang untuk berjumpa dengan dia sebelum dia bertolak pulang ke tanah air pada 31 Januari 2010 .

Kalau ada sesiapa terbaca blog ini dan ingin menyalurkan bantuan ,boleh lah menghubungi saudara MasAfzal melalui maklumat berikut:

MasAfzal Masrudin
No.5, Jalan Wan Empok 1,
Taman Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.
No. tel rumah : 03- 90583731


Maaf pertemuan singkat saya dengan beliau , hanya ini yang mampu dicari setakat ini . Khabarnya beliau akan membuat rawatan melalui kaedah ayat Al-Quran dengan Dr. Harun Din di Malaysia . Kalau nak meneruskan rawatan kimoterapi diMalaysia ia dianggarkan berjumlah RM40,000 . Dan pada malam itu juga ada cadangan dari Iman tempatan untuk pergi Mekah menunaikan Umrah dan berusaha memohon doa disana . Bagaimanapun , mereka yang mengetahui masih terus mendoakan supaya diberi peluang kepada saudara MasAfzal untuk mengecap nikmat sihat kembali dan boleh meneruskan hidup dengan sumbangan kemahiran perubatan beliau kepada saudara agama yang memerlukannya .

Jadi itu sahaja kisah along untuk pembuka tirai 2010 . Yang baik itu adalah dari Allah taala , yang buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri . Moga-moga catatan ini memberi manfaat paling tidak sedikit pun tak apa sebagai pengajaran dan peringatan berguna kepada kita yang masih diberi peluang meniti hari dengan baik tanpa leka dalam beragama . Sekian sahaja catatan kasih dari Along yang jauh di bumi eropah .

Along
Mulberry Court , Liverpool