Thursday, May 13, 2010

26 Syaaban 1406

Catatan ini ditujukan khas buat keluarga tercinta di Paka , Terengganu

Entah berapa kali fikiran ku terdetik , jari -jemariku menggentik , hati dan perasaan ini berbolak balik untuk menulis blog yang telah sekian lama tidak terusik . Lantaran kesibukan melanda diri untuk persiapan menghadapi peperiksaan semester kedua , ia masih kosong untuk sesi tatapan bulan Mei hingga Julai . Peperiksaan berjaya kutempuh dengan jayanya hingga ke awal Jun , tetapi cuti musim panas yang diperuntukkan pihak Universiti menjanjikan bermacam perkara yang nak diselesaikan sebelum pulang ketanah air .

Mei@Syaaban
Bulan Mei merupakan tarikh masihi yang selalu aku akan kenang sepanjang zaman hidupku . Dibulan Mei sekitar 1986 , ia tersisip rapi tarikh dimana aku telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk hadir ke buminya bagi memikul tanggungjawab sebagai khalifahnya . Melaui perantaraan kedua ibu bapaku ia menjadi musabab dan talian nasab bagaimana aku lahir kedunia yang fana ini . Tanggal 26 Syaaban 1406 , lahirnya seorang insan yang bernama Fakhrul Izzuddin kedunia ini . Sedari kecil ia diasuh dengan jalan-jalan Islam hingga lah dewasa kini . Begitu banyak yang pendedahan dan ilmu yang dipelajari sebelum menjangkau usia kehari ini .


Kalau tidak adanya ijab kabul antara dua jiwa yang berasal dari tanah Melayu Terengganu pada 11 Syaban 1405 , tidak akan ada catatan sejarah untuk aku kecapi dunia ini . Inilah sebahagian lipatan sejarah yang pasti akan aku ingati sehingga termampu oleh diri ini .

What a perfect Birthday present I ever have

Kedatangan Mei 2010 atau bulan hijriahnya Jamadilawal 1431 merungkap kembali detik bersejarah tarikh kelahiranku . Seperti biasa aku tidaklah terlalu mengharap sepatah ucapan , sebungkus hadiah apatah lagi sebuah jamuan untuk meraikannya . Cukup bagiku sejak 7 tahun yang lalu mengenangkan diri ini semakin dewasa jauh meninggalkan bangku sekolah menengah yang sering dikenang-kenang . Dalam masa yang sama perumpamaan yang sering diberi oleh para alim ulama , tarikh kelahiran juga memperingati kita akan hampirnya dengan tarikh ajal seseorang manusia .

Apa yang berbeza kali ini aku jauh dibumi eropah , dikelilingi oleh rakan atau masyarakat yang menyambut ulang tahun kelahiran dengan girangnya . Seawal jam 12:00 tgh malam , berpuluh-puluh ucapan kuterima dari rakan sekuliah , tidak kurang juga kiriman 'text' dari beberapa rakan yang terdekat . Semua ini menghanyutkan diri ini buat seketika dengan kemeriahan ucapan penghargaan yang diterima . Jika bertanyakan diri ini , ucapan manakah yang terbaik dan terawal paling kuterima ? Jawapannya tidak lain tidak lain tidak bukan ialah kiriman mesej jauh dari Ummi (Bonda) tercinta nun jauh di tanah Terengganu . Berulang kali aku membacanya sebelum melelapkan mata pada malam mesej diterima .

"Pejam celek pejam celek dah 24 tahun usia anak ummi . Didoakan semoga menjadi insan yang berjaya dunia akhirat "

Ringkas saja keluhan dan pesanannya , tapi ia merupakan yang terbaik pada malam itu . Ibu bapa mana yang tak sayang anak , walau jauh beribu batu , mereka tetap akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anaknya .

Antara lamunan yang bermain dalam fikiranku pada malam itu ialah suatu ketika dahulu ketika di dalam Bilik C-34 Rumah TNB , aku dan angah pernah menjadi pelukis terkenal dimata ummi . Mana tidaknya dinding kamarku yang bersandaran dengan katil tidur (double decker) dipenuhi coretan seni oleh tangan aku dan angah . Setiap malam sebelum angah naik kekatilnya ditingkat atas akan ku ajaknya untuk bercoloteh tentang sesuatu dan sebahagian perbincangan it dizahirkannya kedinding bersebelahan katil . Dahulunya hanya sikit sahaja kesan contengan itu tetapi setelah 5 tahun meningkat dewasa ia dipenuhi dengan bermacam-macam lukisan abstrak .


Abstrak ? Ketika melukis ia mengambil masa dan berulang kali dalam membentuk sesuatu . Dek kerana perangai malas ketika itu untuk mengambil pemadam aku memadam coretan pensel yang dibuat pada dinding dengan menggunakan ibu jari sahaja . Terjadilah kesan geseran hitam warna pensel dan dinding . Semakin hitam kotoran begitulah semakin gamatnya keesokan harinya kami berdua dibebel kerana melahirkan cipta seni didinding rumah .

Pakcik Rasyid and his children facebook

Pesan Ustaz , kalau hendak berbudi kepada ibu bapa selain berbaik-baik dengan mereka , hendaklah juga mengetahui dan berbudi juga dengan sahabat baik mereka . Sedang aku membaca ucapan hari lahir melalui facebook yang dikirim oleh rakan-rakan , aku terdetik untuk mencari maklumat ahli keluarga seorang kenalan baik abah dan ummi diPaka .


Ini kerana aku merancang untuk menghadiahkan sedikit buah tangan dari tempat aku menuntut ilmu . Selain ingin membalas dan mengenang jasanya menjadi penjamin kepadaku . Masih terkenang pada tahun lalu ketika aku berusaha untuk mendapatkan bantuan pelajaran ini , beliau tampil menyelesaikan kekusutan aku mencari penjamin . Lalu semangat untuk ingin belajar bersungguh-sungguh membuak-buak apabila mengenangkan Haji Rashid . Segala kekuatan yang ada pada dirinya dikutip sebagai motivasi . Semasa menandatangani surat perjanjian tersebut beliau baru kehilangan isteri tercinta malah dengan bersahaja dia merasa keliru untuk meletakkan status diri dalam borang sebagai duda . Walau aku tahu betapa kuat sabar dan kasihnya dia pada arwah Hajjah Zainun yang juga selaku bonda tercinta kepada sahabat karibku .

Sedang kepala buntu mencari nama setiap anak-anak Haji Rashid untuk dikira berapa hadiah yang ingun dibeli , diri ini terus terlamun dengan kisah-kisah yang pernah ku dengar dari Abah tentang sahabtnya itu . Beliau seorang rakan abah sedari kecil dan mempunyai 2 watak yang berbeza dengan Abah . Kalau Abah cepat mahir dan pantas , tetapi Haji tidaklah terlalu cekap dalam sesuatu perkara tetapi daya usaha nya datang dari jiwa dan hati yang besar . Malah jika sesuatu berjaya dikecapi ia akan menjadi pegangan yang kukuh tanpa mudah terlerai . Dalam dunia belajar ada rakan-rakan yang mahir dalam kelas , tetapi tidak dalam peperiksaan . Ada sesetengah pelajar yang lain mahir dalam kedua-duanya tetapi tidak kurang juga terdapat golongan yang lemah dalam antara dua bidang itu . Pakcik Rashid aku boleh klasifikasikan sebagai seorang pelajar yang baik dalam mendengar dan teguh pada cita-cita dan janji dirinya .


Tersentak dari lamunan tersebut teringat cerita ummi tentang keburukan internet kepada keluarga, mungkin abah boleh mintak pandangan Hj Rashid dari kacamata orang tua . Bagaimana ia mampu memanfaatkan segala kemudahan dan mengawalnya tanpa melukakan rasa hormat dan disiplin anak-anak .

Today I am a bit worried on how far the negative will affect our people after every level of community todays have its own facebook . Its not only linked between friends but some of them are teacher and student , Manager and subordinate . Yes we are human who deserve for technology but have you ever think that this 'no gap relationship' have will bring to bad characters which eventually affect after we are all spent time to get intouch using facebook not only for discussion but they able to see all of your picture after upload it to internet . The security issue will be a massive thing which is lately to disregards life and iman IF all of the information cant be control and a lot of it misused among them .

The only facebook advance today is in terms of tracking old friend which have give me a hand to seek the solution for the above problem . Finally I can find every single member of Haji Rashid family through facebook . It was done by set some information belong to Rafie then accidentally find his email . By then all information i can trace , what really shocked me down here is even Haji Rasyid also have its own facebook account . Allahuakbar....what a really small world


Ternyata aturan Allah itu selalu ada mesej dan hikmah yang terselindung disebaliknya . Baik cepat mahu lambat , sedar atau tidak ia tetap akan terus subur dan terpelihara untuk semua mahluknya . Till my next entry . Salam

No comments:

Post a Comment