Monday, February 15, 2010

Februari yang Indah


Catatan ini ditujukan khas buat keluarga tercinta di Paka , Terengganu


Bermulanya semester baru , semestinya menjanjikan seribu nekad dan azam yang baru . Cukuplah pengajaran yang diperoleh dari semester satu yang lepas untuk mengajar Along berusaha lebih gigih bagi kecemerlangan dalam menuntut ilmu . Tanggal 1 Februari bermulanya episod baru semester dua kursus Kejuruteraan . 3 matapelajaran yang masih kekal dibawa dari semester pertama iaitu Termodinamik , Dinamik Sistem dan 'Design 4' .

Nusuk-nusuk , jgn wi ye napok

Bertemu dengan tutor sendiri dalam matapelajaran 'Struktur Kejuruteraan II' mengamit seribu kerisauan sebab dia ( Dr. G.K Schleyer ) kenal Along . Jadi target dia sokmo bila tanya soalan dalam dewan kuliah . Doh la asas struktur hok masa belajar poli dulu memang sgt ringkas , tu pun tungging langgang nak ingat. Leni hok parok lagi payohnya , tergagap-gagap kita jawab.

"How much should be the reaction force for this beam Fakhrul ? ...ask Dr. G.K Schleyer

Emmmm......5.78kn ....I think something like that...." ....

Bahang rambang je tembok jawapan , doh dok dang nak kira lagi , tanya doh . Sudohan pucat kesi duk dalam kelas .

Jembe Prof T.J.Cantwell

Berlainan kuliah "Pemilihan dan pemprosesan Bahan " , pensyarah dia wak lawak sokmo sampai tahap dia selalu tengok jam sebab takut ajar lebih masa .

"Sorry guys , this is my 3rd lecture today , my stomach rumbling for lunch " .

Tapi belajar subjek 'Material' memang seronok sebab tahu proses bahan dibuat , nampak macam mana nak guna dalam industri terutama dengan bahan-bahan projek .

Amenda gune tau MatLab

Kuliah Numerical Analysis menyaksikan episod paling bosan , sebab pelajaran tu menggunakan aplikasi 'MatLab' , siapa yang handal dalam Matematik hanya betul-betul faham dengan kuliah tu . Masa tu along tulis2 je lah hok mana faham . Bila masa kena buat 'kerja tugasan' baru faham macam mana keadaan dia .

Kursus Kahwin MSC Februari 2010


Berlangsung di Rumah Ustaz Attas di Woolton , pihak MSC dengan kerjasama MSD berjaya mengadakan satu kursus kahwin kepada para pelajar undergraduate yang masih lagi bujang . Jadi tersebut lah cerita along nak gi jugok , padahal duk poli hari tu ada doh sijil kursus kahwin negeri terengganu . Saje memenuhi masa lapang hujung minggu , lagipun mana la tau tiba-tiba ada rezeki berjodoh esok lusa boleh 'standby' doh . Ummi nge Abah izin dop...?...:)

Lagipun jarang-jarang jumpa kursus kahwin luar negara , boleh tambah koleksi sijil kursus kahwin luar negara . Tapi yang penting ilmu dan pengisisan yang bermakna dari program adalah objektif yang sepatut dicapai . Program dijadualkan berlangsung 2 hari . Hari pertama kejut tidur lambat , lepas subuh baru tido . Program mula jam 8.30pagi , bila kejut jam 11 pagi lewat sangat nok gi . Gi hari kedua je .

Ustaz yang dijemput adalah pegawai agama di Malaysia Student Department London , Ustaz Erfino . Memang menarik penyampaian yang dibuat . Cuma tak ramai peserta yang hadir . Kebanyakan dah rancang barangkali aktiviti hujung minggu .


Selamat Hari Lahir Faiz yang ke-23 dan Aisyah yang ke-21

Sebahagian rakan 'undergradute' yang hadir


Decoration at Refrigerator

Selamat Ulang tahun kelahiran kepada 2 pelajar Undergraduate . Semoga kedatangan tarikh lahir ini memberi peringatan tentang usia dan perjalanan hidup yang semakin hampir kepada mati . Insyallah , sedikit sebanyak dapat memuhasabahkan diri agar memperbaiki amalan supaya lebih bertakwa kepada Allah yang esa .

Khidmat Pos Kapal tiba 16hb Februari 2010

"Morning Uncle John , I can see something inside my B102 pigeon hole , is there any parcel for me ? " sapa along kepada pekerja asrama yang bertugas disuatu pagi Selasa .

"Yes , you got massive parcel from....Malaysia..., here we go " ....Thank you.....



Akhirnya sampai juga bungkusan yang ditunggu . Seronok bila dapat baca mesej dari orang jauh , dan bertambah seronok lagi bila dapat makanan tempatan yang along gemari .


Mesej orang jauh

Jutaan terima kasih kepada keluarga tercinta di Paka . Along tak tahu lagi nak balas apa , insyallah ada rezeki along balas neh . Memang berahi sangat semua makanan yang dikirim ni .


Produk Terengganu yang digemari


How was Fakhrul performance in Term1 .....Dr.G.K Schleyer ?

Alhamdulilah keputusan ujian penggal sesi akademik 2009/2010 telah pun dikeluarkan . Berdebar adalah satu kemestian sebab ia menentukan masa depan di sini , setelah melalui perit minggu peperiksaan . Walaupun bersedia dengan apa jua kemungkinan , ternyata masih ada lagi 'harapan' untuk melepasi ujian kali ini . Meskipun tidak layak untuk berkata begitu setelah melihat apa yang ditulis dalam kertas jawapan peperiksaan .

Setelah berjumpa tutor sendiri Dr.G.K Schleyer , segala penantian selama ini terjawab . Alhamdulillah , akhirnya semua kertas
peperiksaan akhir
semester 1 melepasi markah lulus . Walaupun tidak seberapa cemerlang , tetapi nikmat lulus itu adalah kurniaan rezeki yang Allah beri berbanding dengan keadaan orang yang mendapat gagal . Malam setelah mendapat keputusan , along masak dua tiga lauk , jamuan kecil-kecil sempena kejayaaan sulung ini . Tomyam , telur goreng dan salad ringkas tetapi cukup untuk memenuhi ruang hati yang gembira tak terkata ini . Keputusan yang tak cemerlang ini menghadiahkan semangat untuk berusaha lebih gigih pada semester dua ini . Insyallah doakan kejayaan along disini .


Kereta-kereta dalam HidupKu

Episod kali ini berulang lagi . Suatu ketika dulu semasa bertugas di Labuan , Sabah . Along pernah membeli sebuah kereta Daihatsu Charade G10 , dari seorang sahabat di tempat kerja . Murah je harganya dan memang sebuah kereta yang
sangat usang
. Asal tujuan dibeli kereta tu untuk kegunaan pusing-pusing dalam Pulau Labuan di hujung minggu . Sengaja mencari yang usang kalau ada rosak boleh belajar macam mana nak membaikinya . Baik kije 'ketuk body' ke , ngecat , pereboh enjin ke atau menape-nape pun .

Daihatsu Charade G10

SL 1783 ( Sabah Plate )

Aturan Allah itu sentiasa ada yang terselindung kebaikannya untuk setiap insan di buminya samaada hambanya yang baik atau sebaliknya . Seminggu usia memandu bersama Charade , akhirnya along ditugaskan di perairan Miri , selang 2 minggu dipelantar keputusan ujian SPC Mara membuahkan hasil yang baik diketahui dari talian jalur 'internet' . Saat itu sedih berbau gembiranya perasaan ini . Segala urusan pemberhentian kerja dan penjualan Charade dilakukan sekelip mata setelah pulang ke Labuan . Kereta yang hanya dimiliki seminggu itu , kini tinggal kenangan , selepas menerima rezeki untuk belajar lagi ke peringkat
ijazah
.

Peugoet 405 Quasar

Kini setelah 5 bulan di Liverpool , sekali lagi nekad untuk memiliki kereta berulang . Bermula daripada episod lesen UK siap, akhirnya
kereta Peugoet 405 Quasar
milik seorang komuniti Malaysia di sini sah menjadi milikku. Kali ini harganya lebih kurang harga Charade G10 dulu , tidak terlalu usang tetapi niatnya untuk mempelajari selok belok pendokumenan di UK . Semenjak kisah bertemu dengan seorang peniaga UK di Oldham , Manchester sehinggalah kini, ilmu menguruskan pembelian dan segala dokumen sah berkenaan kenderaan hampir dipelajari semua .

Apa la nasib saya

Setelah seminggu dibeli , kereta tersebut perlu diinsuran secepat mungkin . Malangnya banyak liku yang dihadapi oleh rakan-rakan kongsi kerana masalah yang tak dapat dielak . Akhirnya kata putus untuk menjual kembali kereta terpaksa diambil untuk mengelak hal kewangan yang meruncing .

Internal

Boot View

Walaupun seminggu usia pemilikan banyak benda yang dipelajari , pertamanya etika berjimat dalam pembelian menyebabkan tegar berbuat keputusan mengikut keinginan ( terbaik ) , perlu di ubah agar cepat dan tepat dimasa akan datang . Kedua bak kata Ummi " Biarlah ada duit , baru merancang untuk perbelanjaan , tak betul merancang kalau benda belum dimiliki " . Ketiga biarlah sesuatu keperluan itu dimiliki setelah tiba masa nya.

Perancangan yang cermat perlu dalam memiliki sesuatu benda yang penting , walaupun cita-cita itu penting sebagai kayu ukur kearah kejayaan , tetapi jangan dilebih angan-angannya dalam masa sehingga lalut dalam tindakan didunia sebenar .

"Its not our temporize move attitude but it's our
tactical
behaviour on Critical Path evaluation "

Selebihnya kemahiran dan kemudahan untuk urusan di United Kingdom telah dipelajari , dapat berkenalan dengan 2-3 orang mekanik , peniaga , pegawai dan sebagainya . Alhamdulilah indahnya semua pengalaman ini , paling menarik ialah bagaimana ia berkait dengan kehidupan yang diatur Allah . Semakin bertambah keyakinan kepada yang esa , terasa dekat dengannya apabila kita diuji sebegitu rupa setelah elemen bersabar dan cermat dalam tindakan diamal .


Accomodation Open Day -
Mulberry Court

Satu hari semasa pulang dari kuliah 'Uncle Walley' yang bertugas di porter lodge Mulberry Court memaklumkan kepada along bahawa ada tawaran kerja sebagai Student Ambassador pada 20 Februari ni . Kerja dia senang je , jadi 'tour guide' kepada bakal pelajar yang akan memasuki Universiti Liverpool . Mereka datang bersama keluarga untuk melhat sendiri kemudahan asrama , dan salah satu asrama Universiti adalah Mulberry Court . "You will be pay £40 of your volunteer assistant to become our Mulberry ambassador " . Tengok ke jumlah duit memang mohon selalu , tambah -tambah kije hanya 6 jam je . " Easy money"

Zul , Along , Shafiq

Maka bertugas lah along membawa bakal pelajar dan keluarga mereka ini . Tersebutlah seorang pasangan ibu bapa itu memuji kepada pengurus asrama kerana khidmat yang along beri dalam penerangan sangat baik dan jelas . Naik saham...hehehe. Ingatkan hanya angan-angan kosong je , rupa-rupanya setelah along jumpa balik Pengurus Asrama tu , dia sangat berbesar hati dengan pujian yang diberi oleh pasangan ibu bapa tu . Lalu dia menawarkan Along untuk menjadi 'Senior Student' untuk sesi akademik tahun depan .

"If you become Senior student , you will get discount on rental " ....says Angela Hickman

Gembira dalam hati bukanlah kepalang sebab bukan sikit diskaun yang diberi . Dari harga £80.15 seminggu menjadi £56.10 seminggu . Memang tawaran yang menarik tapi berita gembira ini lambat diterima sebab along dah pun membuat keputusan untuk tinggal di Rumah Sewa yang berharga £45 seminggu . Memang jarak antara rumah sewa dan fakulti agak jauh berbanding dengan asrama Mulberry ni , tapi along tak boleh pentingkan diri sendiri sebab kalau along keluar dari kontrak yang ditandatangani ,tak ada siapa yang nak ganti .

Apa yang pasti paling kurang along dah berjaya memberi imej yang baik kepada diri dalam kerja , semoga kecemerlangan ini akan diteruskan dalam masa akan datang , Insyallah . Amin.

Salam Maulidur Rasul 1431H

Kelekaan gembira Along disini tidak melupakan kepada hari yang perlu diingati oleh muda mudi Islam . Hari yang lahirnya seorang insan mulia , yang membawa seruan Islam untuk kesejahteraan umat manusia akhir zaman . Tidak lain tidak bukan insan yang yang dinyatakan ialah Rasullullah S.A.W dan tanggal 12 Rabiul Awal . Insan yang sepatutnya dijadikan kekasih yang mesti dirindui , bukan sahaja dari sudut agama bahkan dari sudut akhlak , sunnah kehidupan dan sebagainya .

Satu kisah Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan dalam keadaan ayah telah tiada setelah Allah S.W.T memasukkan suatu mimpi kepada Siti Aminah binti Wahab . Iaitu beliau bermimpi berjumpa dengan dua orang lelaki yang berpakaian serba putih memberitahu Siti Aminah , bonda Nabi

“ Anak dalam kandunganmu ini akan jadi orang besar “ ..ini diceritakan oleh Ibn Saad dalam kitab sirah beliau .

Kemudian Siti Aminah melihat keluar cahaya daripadanya bajunya naik kelangit kemudian pecah bertaburan , sehingga terang bumi ini , kata Siti Aminah

“ Sungguh terang sehingga aku dapat lihat di utara Istana Raja Busra yang terletaknya 1000 batu di Busra di Syam”

Maknanya ini mimpi yang solehah ( ar-ru’yatul solehah ) , mimpi yang ada ta’bir . Ta’bir nya kata ulama’-ulama’ , anak ini akan memberi rahmat kepada sekelian alam kerana alam yang begitu luas , padahal gelap gelita waktu itu menjadi cerah apabila cahaya pecah dilangit setelah keluar dari perut Siti Aminah , bonda Nabi S.A.W . Kita ambil pengajaran iaitu orang yang sebegini dianugerah kebesaran Allah setelah lahirnya sepatutnya kita tidak sekali-kali kita ingkarkan akan ajaran dan perintah Nabi .

Justeru tidak terlepas kepada along sebagai anak rantau yang jauh di Liverpool bermuhasabah kepada diri sendiri, dengan menilai kisah - kisah kekasih Allah ini dan memperbetulkan amalan supaya perjuangan Rasulullah untuk kita ketika dahulu sampai dan diamal oleh kita .

Buat adik-adikku di Paka , kita dilahirkan dalam keadaan mempunyai ibu bapa , dalam keadaan yang serba senang , setelah dewasa kita mungkin hampir lupa akan insan yang memberi rahmat kepada Islam sekarang . Kita tersimpang jauh terpengaruh dengan televisyen yang sebahagian tidak mencerminkan kehidupan dan amalan sebenar Islam , setelah dewasa kita lebih terkadang lupa kepada pemberi nikmat dan pembawa utusan rahmat ini .

Begitulah sedikit sebanyak kisah dan peristiwa dalam hidup along sepanjang bulan Februari 2010 . Cukup indah dan berguna , bagai takdok menda pun hok sedih . Semoga apa yang baik dan bermanafaat dapat diambil dan dijadikan panduan bagi terus mengarap sebuah kehidupan yang berkat didunia dan akhirat . Semoga lebih banyak usaha dicurah untuk menempa kejayaan yang tidak lain tidak bukan semuanya ikhlas dibuat kerana Allah taala .

Salam Maulidur Rasul ( 12 Rabiul Awwal 1431 H ) dari Along yang jauh diperantauan