Wednesday, July 7, 2010

Manchester - Abu Dhabi - Kuala Lumpur - Shanghai - Terengganu

Catatan ini ditujukan khas buat keluarga tercinta di Paka , Terengganu


UK General Election


Mengakhiri penghujung bulan Jun, satu pilihanraya umum diadakan diseluruh negara United Kingdom . Alangkah beruntungnya diri ini rezeki melanjutkan pelajaran disini walau sesingkat masa 2 tahun pengajiannya ia masih sempat berhadapan dengan pengalaman bagaimana pilihanraya disini dijalankan . Banyak perkara menarik yang berlaku terutama bagaimana proses pembubaran Parlimen dilakukan dengan cepat dan cekap diiringi oleh media tanpa melibatkan masa yang lama . Senang untuk runtuh atau mudah meyelesaikan permasalahan , itu lah tanggapan yang lahir apabila memikirkan betapa ringkas upacara pembubaran berlangsung .

"Doh buleh ngundi gok Rakyat Malaysia ?"

Itulah pertanyan awal yang terpancul apabila sering kali aku membuka topik ini kepada rakan-rakan lain . Ada yang menyedari mereka boleh mengundi dan tidak kurang dengan yang tidak peka . Alasan mereka mudah , sudah ada yang hendak ambil cakna tentang proses pemilihan ni . Teringat kisah proses pilihanraya Universiti dulu , kali ini pemuda di UK tidak lagi berpendapat untuk tidak menghiraukan pilihanraya umum . Bagi rakyat UK krisis yang dialami oleh negara harus di selesai untuk kepentingan negara dan ia tertumpu melalui perbahasan calon yang bertanding . Selaku pelajar yang tinggal untuk jangka masa bertahun , mereka dikehendaki mendaftar untuk pengundian ini . Ia dikesan melalui alamat yang didaftarkan dan setiap pelajar antarabangsa yang menuntut di Liverpool turut merasai bahangnya .

Ternyata ada perbezaan yang ketara dalam penilaian mereka untuk membangunkan negara bermula dari era pilihanraya dalam menentukan pemimpin yang betul-betul layak . Gambaran ini membantu jelas bagaimana yang dikatakan oleh penganalisis politik Malaysia , negara kita masih dalam proses mencapai kematangan dalam politik . Jika negara Jepun diibaratkan lebih maju 10 tahun kehadapan dari Malaysia dari segenap aspek , ternyata perbezaan masa inilah yang mesti diusahakan oleh rakyat malaysia dalam bersaing secara sihat .


City Council Vote Card

Parti-parti yang bertanding lebih jumlahnya dari 2 pihak untuk satu 'City Council' dan 'Parliament' . Jadi sedikit perkembangan yang diikuti melalui rayuan undi mel dan siaran langsung dari calon bertanding belum memberi gambaran yang jelas untuk melaksanakan amanah ini .


Amenda lagi along tanya selalu Pokcik hok bertugas di asrama Mulberry .

"Excuse me uncle , please if you dont mind I need your help . As international student who staying here , i need to vote as well . Please guide me which person or party should I vote for ? "

Sapa along kepada pakcik John disuatu pagi . Katanya "Well , its up to you to choose based on information , manifesto and how they do have debate on the recent issue . In Liverpool they used to vote Liberal Democrate or Labour , but its up to you to vote which one"

Lain pemikiran mereka dan dapat dilihat betapa hak memilih diberi keutamaan tanpa memaksa kerana masing-masing boleh menilai .

Instruction Card
Parliament Vote Card


Manchester - Abu Dhabi - Kuala Lumpur


Setelah menamatkan urusan akhir di Universiti , tibalah masa yang dinantikan iaitu untuk kembali ke tanahair tercinta . Beberapa agenda telah dirancang sekembalinya ke Terengganu dan antaranya ialah lawatan ke China . Meskipun tidak sabar untuk menimba pengalaman berharga ke sana , niat untuk berjumpa saudara mara terdekat tetap terbayang-bayang ketika perjalanan pulang .

3 hari sebelum tarikh berangkat along terpaksa berulang alik ke Manchester untuk menyelesaikan urusan permohonan Visa Lawatan Sosial ke China . Dikesempatan yang ada itu juga , along gunakan untuk mengangkut kotak berisi hadiah yang 'besor' untuk ditumpangkan dirumah Fattah sebelum mengambil perkhidmatan Etihad Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Manchester . Tempat visa dibuat tidak jauh dari rumah Fattah iaitu di :

Manchester Chinese Visa Application Service Centre (CVASC)
First Floor
75 Mosley Street
Manchester M2 3HR


Ketika berhenti membeli minum di stesen Manchester Oxford Road , dek kerana berat ngat kotak tu nak usung gi mari , along tinggalkan kotak tu dibangku depan kedai runcit . Mudah dilihat dan dok jauh dari kedai kalau apa-apa terjadi . Setelah membayar minuman dan sebiji muffin coklat , tiba-tiba ada seorang pegawai 'National Rail' menghampiri kotak tersebut . Derah-derah along gi dekat sambil kabo ni kotak saya yang punya .

"Ok , next time make sure you always carry this box with you . If the police coming and see this unattended box , they will suspect it as bomb then immediately dispose by explode it straight away "

Alhamdulilah , mujur tak diapa-apa kan lagi . Kalau tak merenung jauh la ambe tgk hadiah-hadiah yang dikumpul lebih 9 bulan lalu pecah berkecai . Ketika hari berlepas , along dah sediakan dalam poket sebanyak GBP100 kalau-kalau kena denda disebabkan berat yang berlebihan . Bila dah naik mesin penimbang , "17kg......Perfect..!"cun-cun je berat dengan jumlah yang dibenarkan . Dalam hati bukan main gembira kerana tiada lagi kesulitan yang dihadapi untuk membawa hadiah yang sebanyak itu dan semestinya menjadi rezeki kepada penerimanya untuk sampai ke Terengganu nanti .

Cuaca ketika hari berlepas sangat baik lantas penerbangan dari Manchester ke Abu Dhabi selama 6 jam tidak menghadapai apa-apa masalah . Setelah transit selama 7 jam disana along meneruskan baki 6 jam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur yang akhirnya selamat sampai pada jam 2 petang keesokannya .

Shukur , gembira , rindu bagai minyak yang ditatang penuh tiba-tiba tumpah sehingga tiada lagi didalamnya setelah bertemu dengan ahli keluarga di Lapangan Terbang Kuala Lumpur . Tetapi yang pelik dan ajaibnya , hati ini juga tiba-tiba rindu kepada tanah perantauan yang baru sahaja ditinggalkan 19jam yang lepas . Mungkin kerana kawan , pelajaran dan kenangan barangkali yang mengingatkan kepada United Kingdom . Semasa memandu melintasi Putrajaya , barulah along perasan yang cuaca panas terik di Malaysia memberi impak yang tiba-tiba kepada badan menyebabkan ia terasa rindu kepada angin sejuk Liverpool .

Selang seminggu semua ahli keluarga telah dilawati diiringi dengan bertanya khabar , bertukar berita serta buah tangan yang tak seberapa .


Kuala Lumpur - Shanghai


Pada mulanya ianya hanya bermain kata dengan kepada Lu Yan Liang untuk melawat China . Ternyata kawan karib pengajian ku di Liverpool yang berasal dari China itu mengambil kata-kata aku dengan serius tentang niat aku untuk mengunjungi negaranya . Akhirnya gurauan itu menjadi kenyataan apabila berjaya menjejakkan kaki di bumi Hangzhou,Shanghai pada pertengahan Julai yang lalu . Asalnya beliau juga mengajakku melawat ke Beijing tetapi akhirnya ia dibatalkan kerana Lu baru sahaja menjalani pembedahan paru-parunya . Along tak pasti apakah penyakitnya , menurutnya ia berlubang tapi tak pernah mendengar penyakit paru-paru berlubang . Atas nasihat Doktor dia tak boleh menaiki kapal terbang , pergi ke kawasan atau menara yang tinggi dimana perbezaan tekanan yang besar boleh berlaku dengan kawasan biasa .



Westlake Zhejiang Xizi Hotel

Setibanya di lapangan terbang Hangzhou , along dijemput oleh Lu bersama dengan ditemani ayah dan pemandu peribadi keluarganya . Tidak disangka bahawa begitu rapi ayahnya menjaga Lu sehingga turut datang bersama dengan anaknya walaupun bukan beliau memandu tetapi ada orang lain yang membawa kami . Perasaan segan berbaur menyesal setelah melihat keadaan sedemikian rupa , tetapi yang lebih memeranjatkan Lu merupakan seorang keluarga yang sangat berada apabila diperhatikan cara dia melayan along sebagai tetamu .


Sepanjang berada di Hangzhou tidak banyak tempat yang dilawati kerana waktu malam yang tunggal hanya dipenuhi dengan berejat sebelum memulakana perjalan pagi esoknya ke Ninghai , pekan dimana Lu menetap .

Eastern Zhengjang Grand Canyon, Ninghai

2 hari selepas sampai satu masjid atau restoran halal pun masih belum ditemui . Rasa bersalah untuk demand lagi menghantui setelah maklumat yang diperolehi menerusi internet iaitu masjid yang berhampiran terletak kira-kira 7okm di Ningbo . Hari-hari along solat menerusi arah kompas yang diukur melalui kawasan hotel dan makan dengan nasi dan telur berbekalkan serunding yang dibawa dari Malaysia .

"Why we need to find them?" Soal Lu Yan kepadaku bila masa dalam perjalanan aku membisikkan kepadanya untuk mencari masjid atau orang muslim . Ternyata dia sangat hendak membantu untuk mencari tempat yang dikehendaki along setelah diterangkan kepentingan ukhuwah yang boleh dibina selain menjadi kebanggaan seorang beragama islam jika menemui masjid ditempat rantau . Setelah along ditinggalkan dihotel , diusahakan pula dengan bertanyakan kakitangan Nanxi Hot Spring


Sepanjang menyusuri empangan dan lembah untuk ke kawasan ini , Lu menyatakan kedalaman air tasik setelah melepasi kawasan air terjun ini adalah sedalm 170m . Dalam juga tu , tapi masa tu tak merasa gerunnya kalau terjatuh kerana pemandangan disekeliling kawasan sangat cantik . Sayangnya kamera yang dibawa tidak dapat mengambil gambar untuk jenis pemandangan .

Ninghai - Shanghai by bus









Sepanjang along menyelusuri perjalanan dari satu tempat ke satu tempat , pelbagai benda yang menarik perhatian sempat dirakam . Dalam kita mengetahui China adalah satu negara yang mempunyai pelbagai kekuatan sumber dalam ekonomi mahupun kuasa besar dalam dunia , mereka tidak pernah terlepas dari masalah kemiskinan dalam masyarakat . Jika hendak dibandingkan dengan sikap bangsa mereka , diMalaysia mereka dari bangsa Cina terkenal dengan kerajinan , tinggi daya usaha dan bersungguh-sungguh dalam melakukan satu perkara . Tetapi pepatah "Dalam setandan pisang masak , mesti ada juga yang buruk " terbukti dalam mengejar kebaikan mencapai negara maju masih ada juga insan yang tersepit dicelahnya .



Alternative transport Electric scooter
Amazing 'scaffolding' , they even trust bamboo rather than metal .


They start to begging in earlier morning till late night , eat n sleep without properly

Lu Yan Liang & Family
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi dan jasa mereka dalam melayani Along ketika bertandang kenegara China . Walaupun tidak banyak tempat yang berjaya dikunjungi kerana masalah kesihatannya , tetapi ia berusaha bersungguh-sungguh dalam melayani keperluan seorang kawan Muslim . Tidak banyak yang mampu dibuat oleh Lu Yan kerana tidak pernah ada kawan Muslim disepanjang hidupnya diChina , tetapi maklumat yang diusahakan ditambah dengan keikhlasan dalam membantu sudah cukup membuktikan bahawa fitrah manusia yang ada dalam dirinya adalah kurniaan Allah . Fitrah ini mungkin dicapai dalam ketamadunan dunia kecilnya dari asuhan kedua orangtua nya , tetapi amat sukar untuk dijelaskan bahawa fitrah inilah yang dianjurkan oleh Islam . "I have though a lot about his family when we have a chance having dinner together at Ning Bo , inside their soul they have already a part of Islam , but they still didnt embrace Islam from physically as they never been approach "


Masjid Shanghai

Muslim Restaurant in Nan Jing Road



Baik dari kata-kata , berprasangka , cara & jumlah makanan yang diambil , mereka telah mempunyai sebahagian daripada nilai Islam . Terpulang kepada kita sahaja orang yang telag memeluk agama Islam memberitahu dan berusaha dalam memimpinnya . Dan hari-hari persahabatan along denganya dilalui dengan niat yang jernih , pendekatan yang berhikmah dalam tidak menanamkan harapan yang tamak dalam memperkenalkan Islam kepada Lu Yan . Satu hari ketika aku hendak solat , Lu Yan bertanyakan kenapa susah perlu solat ditempat-tempat tertentu . Terus along mengatakan bahawa solat itu boleh ditunaikan dimana-mana sahaja tempat diatas muka bumi ini tetapi hendaklah mematuhi beberapa perkara yang melibatkan syaray sah . Terus dia menyarankan agar solat dalam dewan kuliah sahaja , supaya lepas ni boleh makan tengahari terus . Along hanya mampu tersenyum seraya berkata Dewan Kuliah ini memang boleh kalau nak solat , tapi ia akan menimbulkan fitnah dan prasangka buruk dari orang lain jika tiba-tiba solat ditepi kerusi dewan ini . Lantas beliau menikuti along ke kamar asrama Mulberry Court untuk melihat sendiri bagaimana seorang Muslim solat .




Apabila aku hendak menunaikan solat , beliau mula berceloteh dengan tindakan aku mengambil wudhu' didalam sinki bilik . Melihat aku membasuh muka , menyapu air kerambut , tangan ke siku , Lu segera berkata "If you want take shower, just go to bathroom , Dude " . Ketawa sakan sebentar sebelum penerangan diberi bahawa itu bukan mandi tetapi wudhu (ablution) yang perlu dibuat sebelum solat . Selepas menunaikan solat , Lu berkenan dengan kopiah yang dipakai lantas dia ingin mengambil gambarnya yang sedang memakai kopiah . Terdetik dalam hati ini apabila gambar diambil , doa semoga Allah membuka pintu hatinya kepada Islam suatu hari nanti , Insyallah .

Banyak pengalaman yang ditimba ketika bertandang ke China begitu juga apabila kita melata dibumi Allah . Niat yang ikhlas dalam mencari dan melihat kekuasaan Allah kepada ciptaan alam hendaklah disisipkan dalam sanubari setiap orang Islam agar percutian yang sebegitu ringkas mendapat redha Allah dan memberi seribu satu hikmah kepada empunya badan . Semoga bersua lagi didalam catatan akan datang . Salam sayang dari Along yang jauh diperantauan .

Along
Shanghai , 04:55 p.m



No comments:

Post a Comment