Saturday, September 26, 2009

Kembali Merantau....

Salam

Catatan ini khas untuk keluarga tercinta di Paka

Hari ni masuk hari ke-2 along di Liverpool . Selepas meninggalkan Malaysia tepat jam 11.29 malam di gate C16 Kuala Lumpur International Airport . Pergi untuk seketika waktu jauh dari tanah air utk menimba ilmu & memperlengkapkan cita-cita duniawi . Seperti biasa insan yang paling sedih adalah ummi dan orang paling tabah dengan senyuman adalah abah . Diri sendiri buat-buat seperti biasa untuk elak keadaan jadi lagi sedih . Walaupun sebelum ini pernah meninggalkan tanahair tapi kali ni berbeza keranan masa untuk kembali ke tanahair mungkin 6 Bulan lamanya , mungkin juga setahun atau lebih dari itu. Insyallah kalau ada rezeki along akan balik juga untuk menjenguk kampung halaman. Tanah tempat kita lahir , jatuh bangun sebelum berjaya sehingga ke takat ini . Kata orang kampung 'gi tempat org ni mmg sedak sebab canggih belake , seme benda maju dan cuaca pong sejuk. Tapi kalu mikir jauh-jauh bumi asal tu lah tempat paling terbaik Allah taala kurniakan'. Kerana dia maha mengetahui apa yang sesuai dan terbaik untuk kita .



Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Stockholm Airport , Sweden memakan masa 11jam 30 min. Amenda lagi tidur je lah kije kite . Mase mula-mula nak 'take-off' disebabkan terkenangkan diri ini akan meninggalkan keluarga sampai terasa kunci toyota unser masih ada dalam poket seluar . Ngigau ekor kite seluk , rupa-rupanya perasaan jer , mane tau owk...kalaulah sungguh ada dalam kocek seluar . Berat nanang nak suruh drebar kapal terbang MAS turn dan patah balik semula . Sepanjang perjalanan banyak benda menerawang dalam fikiran tapi masa tu tak mboh nak layan . Cuma duk berdoa agar penerbangan selamat sampai ke destinasi .


Mendarat di Sweden untuk transit jam 5.20pagi sementara ke Manchester.Lapangan terbang Stockholm,Arlanda ni cantik dari segi rekabentuk dan hiasan . Cuma sistem aliran penumpang yang tidak bagus . Bolok serok habis . Turun dari Malaysia Airlines (MAS) jam 5.40 pagi nak kena check in Scandinivian Airlines . Cari punya cari jam 7.00pagi baru jumpa tempat nak ambil boarding pass , org bederu derang beratur . Lepas buleh tiket , derah2 gi cari gate nak boarding pasal flight pukul 0750 pagi . Alhamdulilah berjaya jugak masuk .

It was so closed....
Kali ni nak cerita benda hok agak serius dan hampir menyerupai cerita Bak ( rakan di Schlumberger dulu). Waktu menaiki penerbangan Scandinivian Airlines adalah pada sebelah pagi , jadi mereka menghidangkan sarapan pagi . Maka bergeraklah pramugara ( pramugari takdok...koman spannar ) beri makanan kepada penumpang . Buleh la kotak sarapan dan minuman gini .


Lapar perut dok soh beng kire ah bila tengok ke makanan . Maka minum lah air dulu dengan buah . Pahtu duk tgh2 potong daging wase musykil jer . Hidu2 macam daging lembu . Aiii....tanye dulu ah . "Eksekeyus mi ser , ken ai ask uu sumting , this kind of meat is beef or wat?" ( Bunyi kut sleng teranung sket) . jawab penumpang scotland tepi aku tu " Oh no , that is pork !" ....Really? bahagian wak kejut . Mat leh tu tnya "You didnt eat pork?"...No I'm muslim . Rupanya ada jugok lagi omputih ni dok tahu orang Islam dok makan khnizir ni .

Along wase bersyukur sangat masih dalam peliharaan Allah taala dari benda2 yang dok patut . Kerat2 doh daging , nak makan ler ler doh...Allahuakbar . Bila jadi gini teringat akan Bak ( kawan Schlumberger Brunei dulu ) yang tersilap makan nugget khinzir di Jepun . Kesiannya dia , silap faham kerana orang Jepun dok tahu cakap inggeris , dia tanya dah , 'This is fish?' ...orang jepun bahang haik2 (YES)...maknanya ye ah ikan . Makan lah sain tu seketul dua...bila dok sedap hati...dia ambik kertas dan pensil lukis ikan...dan tunjuk kepada mat jepun tu . Derah-derah Mat Jepun pangkoh , pahtu lukis gambar khinzir...muntoh situ ler Bak . Allahuakbar .

Untuk panduan bersama beza daging Khinzir dengan Lembu ( utk kategori daging nipis dlm gmbar tu ) adalah daging lembu dia merah gelap . Manakala daging babi dia ada tompok putih dan kalau dok putih , warnanya lebih kepada pink yang pucat . Tapi gane-gane pun tanya lah dulu sebelum makan walaupun perut lapor .


Manchester to Liverpool
Awalnya merancang kalau dah sampai di UK , ada seorang senior janji nak tunggu di Lapangan Terbang Manchester , tapi tak berjumpa . Mujur kali ni ada 2 org teman dari malaysia yang ke UK tapi belajar di Sheffield naik satu penerbangan dari Kuala Lumpur - Sweden - Manchester. Oleh kerana waktu masih awal jam 10.00 pagi , pergi lah duk rehat sekejap . Cari top-up , telefon Malaysia nak maklum tiba dah di UK baru proceed kepada planning ke-2 , gi cari stesen keretapi untuk ke Liverpool . Sampai kat stesen keretapi , ternampak ada seorang perempuan bertudung pink terjelupuk diatas bangku stesen . Bila gi dekat , org Malaysia rupanya . Dia adalah wakil komuniti malaysia dari Uni of Sheffield untuk jemput sain 2 org tadi tu . Pahtu along tanya lah , "Ada wakil Liverpool hok mari ?".Rupa-rupanya memang ada wakil yang akan datang tapi jam 12 tengahari dia akan sampai sedangkan along sampai awal . Nak tunggu ke tak mboh ?...jadi dok tunggu lah sebab fikir nak sampai asrama cepat baru buleh rehat siap-siap . Jadi along pun gi wak Railcard untuk dpt tiket muroh sket , pahtu beli tiket perjalanan sehala dari Manchester Airport ke Liverpoll Limestreet Rail Station .

Keluarga AngkatTiba di Liverpool , ada seorang abang berasal dari Kelantan jemput . Dia bawa ke rumah keluarga angkat di Toxteth . Kampung Liverpool ni jugok . Rupa-rupanya memang menjadi lumrah disini , komuniti akan tumpangkan rumah keluarga angkat dulu sebelum masuk asrama kerana bukan sahaja membantu utk serasi di tempat baru malah mengikat tali persaudaraan . Masa sampai hanya ada Kak Ida dan anak-anaknya dirumah , Atikah , Aisyah dan Aiman . Suami kak Ida , Abg Jundi masih ditempat kerja . Mereka sudah lama diLiverpool kira-kira 4 tahun sebab Kak Ida buat pengajian PhD dalam bidang Farmasi kalu dok silap lebih kurang gitu ah under sponsorhip Kementerian Kesihatan . Abg Jundi pulak sementara teman isterinya belajar , dapat kerja sebagai jurutera freelance dalam bidang electrical engineering . Rezeki2...alhamdulilah .

Maka 2 hari ni byk benda yang berlaku . Makan dan borak dengan keluarga abang jundi , pergi ke ASDA beli barang keperluan asrama , pergi daftar pengajian , buka akaun bank , jumpa ahli komuniti malaysia yang lain . Seronok pun ada , letih pun tak kurang . Tapi dalam banyak benda yang berlaku ada satu kejutan yang ketara . Rupa-rupanya kelas untuk kursus mekanikal dah bermula seminggu yang lalu . Sejak hari isnin lagi budak-budak lain dah terima tugasan lukisan kejuruteraan guna program ProE Wildfire v4.0 . Dah la terkejut dgn keadaan kelas tertinggal , pahtu tgk software dok penoh hayat dgr ametoh lagi gune . Pensyarah pun bagi buku ni utk panduan (kena bayar lah bukan free £10 ( Rm60) .



Baaaapoook Tebal....owos along dengan budok JB terkejut berok wase nak balik lalu Malaysia bila dengar pensyarah tu kate nk kena anto projek ni hujung minggu depan . Terkebil-kebil depan PC dalam Makmal tgk software , lepas 1/2 jam duduk ngelah along pun tembo . Memikirkan diri ini letih sangat , nak balik dulu la dan cari senior utk catch up gane nak gune program tu . Hari ni masih lagi terkejut ...tapi Insyallah akan usaha keras utk siapkan jugak . Peringkat permulaan memang gini , terkejut . Hehehehe.

Banyak bnda lagi along nk cerita ke adik2 dgn keluarga di Paka , tapi along berhenti sini dulu . Ada masa along tulis neh . Along mintak ummi , abah dan adik doakan semoga along berjaya disini . Bukan hanya pelajaran malah terpelihara diri , iman dan islam . Insyallah...semoga bersua lagi .

Along
Mulberry Court,Liverpool
1.30pm


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum w.b.t, along!

    Syukran;
    ye ker dok aku 1st comment kat blog mu ni.1st post lagi.hahaha. =p
    1st of all, syukur Alhamdulillah sebab mu dah sampai sana dengan selamatnye tanpa sebarang kedurjanaan menimpa walaupun nyaris termakan 'hirisan daging @#$! yg nampak mcm tasty&sugguh menyelerakan' dari pandangan mata kasar.

    Congrats;
    pertamanya sebab mu berjaya further study dinung.insyaAllah menjadi pembakar semangat aku,che wan dan budok2 pake yg lain.
    keduanya sebab mu dah ade blog.this is the best space and option for you to tell us about you life,there.aku lebih suke kalau post2 di dalam bahasa melayu, kecintaan kepada bahasa ibunda itu penting..satu jati diri dan kebanggan yang harus dipelihara *it doesn't meant that we can't use english or our english is bad..but,if u use bahasa in blog writing..it seems more natural and u can translate all ur emotion into the writing meaningfully (+saving mase nak buke Besta!)
    tapi kalu nak skipping pon tadok hal, slang UK aku paham lagi kot,jgn slang Scot sudoh la! +aku akan selalu follow blog mu ni,dan mane yg patot aku akan save page dan buleh umi,aboh&adik2 tengok kat rumah. boleh juga mu upload gambo bilik mu ke kat sane. bz2 ni tadop ha la, blogging mase free jer.

    sekian sahaja,
    jaga diri hiasi peribadi~
    assalamualaikum!

    angah

    ReplyDelete
  3. mane tau owk...kalau2 sungguh ada dalam kocek seluar . Berat nanang nak suruh drebar kapal terbang MAS turn dan patah balik semula

    quote yg wak aku gelok seko kat depan pc ni..

    tp aku caye lagi kalo pilot tu ikut cakap mung long..

    ReplyDelete